May 6, 2011

syukur....


bismillahhirrahmanirrahim....

mode: di atas nama cinta (UNIC)

salam jumaat, semoga sentiasa dalam lindunganNya....

pagi2 dalam keta szu nak ke office, dengar IKIM, ada slot sempena hari ibu, Allahuakbar..msg2 syahdu ja...dengar pesanan dari ustazah (x sempat dgr nama ustazah tu)...pesan ustazah, telefon la selalu sementara kita maseh berpeluang mendengar suaranya...

sebelum tu, pagi td jam 7, tgk segmen tanyala ustaz kat tv9, pun tajuk 'IBU' ...pesanan ustaz juga sama, sentiasa doakan kedua ibu & bapa....terima kaseh Ya Allah kerana menggerakkan hati kami utk membuka tv9 dan radio ikim, betapa kasehNya Allah pd hamba2Nya....

baru td, abgcaq call, tanya khabar ttg 'urusan besar' kami sekeluarga...dah settle ke belum, alhamdulillah semua da settle, tunggu detik dan waktu je ni, cuma satu yang maseh belum settle...ILMU...dari hari ke hari, waktu ke waktu, jam ke jam, minit ke minit, saat ke saat, asyik membaca, mencari, bertanya, berbincang tentang 'urusan besar' itu....pesan abgcaq, belajar la habis2an, tentang wuduk, solat, kerna itula perkara yang paling penting, inshaAllah abgcaq...lepas letak talifon, tanpa sedar, air mata menitis...air mata syukur....alhamdulillah ya Allah kurniakan saya seorang abang yang begitu mengambil berat akan hal adiknya, keluarganya, abg yang sentiasa mengingatkan adiknya tentang pentingnya aurat, pentingnya adab, pentingnya kasih sayang...sesuai dengan namanya...Khairul Shakir...kebaikan dan kesyukuran....alhamdulillah....alhamdulillah....

alhamdulillah minggu lepas, selesai sudah kenduri kesyukuran yang di azam oleh kami sekeluarga....syukur nya saya punya keluarga yang sentiasa berkasih syg, semoga keluarga ini sentiasa dalam rahmat dan redha Illahi....

*salam hari ibu buat ibu tercinta, makcik yang sentiasa dikasihi, angah yang paling disayangi, kak ainun yang sentiasa di hati dan semua ibu2 di seluruh dunia, dengan iringan doa, semoga sentiasa beroleh keberkatan dari Allah.....


Mar 11, 2011

ujian dari Allah...part II

bismillah....

hari ni genap 15 hari An di ICU. saya baru pulang dr ziarah An...lunch hour, ayah nya solat jumaat, x dak sapa2 nak temankan....kebetulan saya x de apa nk buat..saya ke hospital la...

okay start citer dr lastweek....

lepas hari rabu lastweek, sy x g ziarah An, hari jumaat mlm masa otw ke jb, dpt msg dr ayah An...

'Salam pd semua. Perkembangan terkini Muhammad Syuqran ( An ): Spt ramai yg maklum, masa hari kejadian, 3 tulang rusuk An telah patah & menyucuk paru2 kirinya. Ramai juga yg tahu bahwa tiub yg dipasang pd bhgn luar paru2 kirinya telah pun di tanggalkan. Dr sahkan tiada lagi cecair di situ. Wbmn pun Dr ada buat Xray pd paru2 kanan pagi smlm & dapati juga terdpt cecair di situ. Procedure sama di lakukan pd paru2 kanan nya. Sehingga tgh tadi, Dr maklumkan bahwa paru2 An sblh kanan terdpt jangkitan kuman. Antibiotik telah di beri utk rawatan. menurut Dr, itu yg menyebabkan An susah utk bernafas sendiri & masih perlu bantuan mesin. Pagi tadi Dr cuba offkan ubat tidur tapi An kurang beri respon namun dia faham pada arahan. Dr cuba tanggalkan mesin bantuan pernafasan dari An namun An susah utk bernafas sendiri. Saya lihat sendiri dada & jantung An bergerak kencang. An terpaksa diberi semula Dos ubat tidur utk rehatkan tubuhnya. Tadi ( 7mlm ), Dr beritahu sya bakteria yg menjakiti paru2 An di kenal pasti. Istilah Dr, bakteria itu 'quite nasty' & agak merbahaya. Namun sya tidak di beritahu nama bakteria itu. Antibiotik telah di tukar serta merta. Ini akan memakan masa utk antibiotik itu memberi kesan pd An. Doakan moga paru2 An kembali normal. Pada semua yg lapang masa, sudikan lah menjenguk An utk menaikkan semangat & daya juangnya utk teruskan kehidupan. Allah jua lah yg akan membalas segala kebaikan & kemuliaan hati semua yg mendoakan An sihat semula. Moga Doa kita di makbulkan Nya. Amin ya Allah.'

Ya Allah hati sy ni tatau la nk ckp pe masa bc msg tu, terus cr rnr yg terdekat, berenti..nangeh puas2...doa dan terus berdoa....

esoknya sy msg ayah an btau sy di jb, sampai ahad, isnin balik tp ada kelas master...

masa ahad mlm, otw back to shah alam, lg sekali dpt msg...

'update terbaru tentang ann...die telah diquarantinkan atas sbb jangkitan kuman pd paru2 kanannya oleh bakteria 'klebsiella' yg agak merbahaya..beliau dah 3hari demam...erm sy harap semua kwn2 dpt sama2 mendoakan beliau dan harap beliau kuat dan bersemangat menghadapi semua cabaran&dugaan ini...'

tba2 dee msg sy tanya dpt x msg ayah an, sy ckp dpt...dee reply lg msg..'miss, sy google search, bakteria jenis ni 50-50..'

ya Allah, aku x mau percaya semua tu, aku yakin padaMu, Engkau yang memberi sakit, Engkau juga yang mengubati....

call dee, ckp ngan dia, kita kena bersangka baik dengan Allah..inshaAllah....

isnin sy x dpt ziarah, tp ayah dia keep on updating us...

'Salam sume. Ari ni dmam Syq btambh pnas ( 38.7 djh celcs). Bdn Syq tpksa d jelum ngan kain bsah. Dr ckp, dmam Syq disbb kn dari janktn kumn di paru2ny. Dos antibiotik tlah di tukar ngn yg agk kuat mulai 08:00 hrs tdi. It will take some time utk ubt 2 beri kesan. Ubt tdur Syq telah d kurngkn pd 2 cc je. Syq dh buka mta & dia knal spe yg dtg. Cume heartbeat ny lju & kncang. Tpi nmpkny bdn Syq shivering/shaking on & off. Seandainy b'trusan, Once again Dr terpksa tambh dos ubt tdr nya. Brdoa lh kita pd siape jua yg menyayangi ny agr Syq dpt terus brtahan & mampu berjuang utk hidupny. Amin ya Allah ~(SMS dari ayah Syuqran)'

ya Rabb, x sabar nk tgu selasa...alhamdulillah hari selasa, sy, kzu, k.naem, k.onie n abg apis g hospital....ye, dia maseh demam, badan shaking je, bila sy pegang tgn dia, dia genggam erat...dia respond, sy bisik di telinga dia, sabar, yakin dengan Allah....szu mengalir air mata laju, sy cuba tahan..sebab tgk air mata an da mula laju dikelopak matanya....kami silih ganti memberi semangat....

esoknya rabu, sy amik keputusan utk g time lunch sebab ayah an, x dpt dtg waktu lunch...demam kurang sket, arini dia kenal sapa yg dtg tgk dia, sy ckp, sy dtg dengan cik zu, dia angguk...sy ckp lagi..'an nak cepat sihat kan, dia angguk...saya terus bercakap...genggaman tangan makin kuat, ye sy tau dia perlukan sokongan dan semangat...selagi terdaya, saya sentiasa ada....saya call umi dia, btau sy dtg, sy msg ayahnya btau jugak...mudah2an makcik dan pakcik tabah menghadapi ujian dr Allah...

ptgnya dee g ziarah dia, dee tanya 'cik kb dtg td?' dia angguk, dtg dengan sapa? cik naeimah? dia diam, dengan cik zu? dia angguk...dee terus call sy, nak confirmation, alhamdulillah adik kita da bg respond yg baik...

khamis ada kelas master...tp dee ckp, dia berak..alhamdulillah keluarlah semua toksin tu....ayah an update lagi:

salam buat sume. Lporan ttg prkmbngn Syuqran (An). Utk mklumn An da X dmam. Dia da buang air bsar ptg tdi (16:00 hrs). Staff nurse kta An past motion 'kaw kaw punya'. Ya la, da smpan 13 hari. Msin sokngan p'nafasan msih di psng. Tdi pagi Dr da cube tnggalkn nmun An blum mmpu utk b'nafas sndiri. Msa Dr tnggalkn msin 2, Dr smpt tgk respon An. An telah sdr sepenuh ny. Bila d tnya, An beri jwpn & b'tnya Dr 'ayah sya mne?' krn An muntah & trdpt kahak yg byk, An X dpt kuar kn sndiri kahak tu, Dr t'pksa pkaikan smule msin tu utk sokongn. Actually An b'nfas sparuh mesin, sparuh An. An blum kuat di sbbkn msaalah paru2 ny yg msih d jngkiti kumn.spcimn darah juga d ambil utk ujian. Result d jgnka sok. Dr beri ubt tdr utk kurng kn sakit An. Shivering msih ada, on & off tpi X sekerap yg lps2. Kite kne tungu An kuat dulu & paru2 ny sihat utk m'blehkn Dr tnggalkn mesin 2 s'pnuh ny. Sma2 kita doa kn ya. Amin ya Allah...

tak sabar lagi tunggu jumaat..

arini jumaat, sy ke hosp dengan ayu...tp b4 g, dpt msg ayah an: kata doc nak operate lagi..ya Tuhan, ujian apakah ini..sabar duhai hati, semua kena bersabar....

alhamdulillah bila sampai icu, guard ckp, syuqran ada di katilnya...lega dpt bercakap dgn dia, sy ajak dia baca al-fatihah sama2, sy kata, ikut dlm hati tau cik kb baca, kita selawat, kita baca surah al-ikhlas...mudah2an Allah mendengar doa kita, dan yakin bahawa Allah itu Maha Mendengar....

saya call ayah an btau sy di hospital, lepas solat jumaat ayah dia call balik tanya perkembangannya...

mula2 sy x pegang tgn dia lagi, dia mula angkat tgn nak cr, sy pegang, dia genggam kuat, ye sy tau dia perlukan sokongan...sebagai seorang guru dan juga kakak, sy sentiasa mendoakan kamu....sy btau dia..'esok sy nak ke sarawak, bukan jalan2, tp g keje...' dia angguk, mgu depan sy dtg ye..dia angguk..alhamdulillah...

doc buat ct scan td, ptg ni tau result..mudah2an tiada apa2...

ya Rabb, kejadian yg menimpa An mmebentuk hati sy menjadi kuat, menjadi tabah, kalo boleh setiap hari nk g tgk....mendidik jiwa saya mensyukuri nikmatMu ya Rabb....wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang, bantulah kami hambaMu yang lemah ya Rabb....

Mar 4, 2011

ujian dari Allah...


Bismillah...

hari ni cukup seminggu an di hospital, an atau nama penuhnya Muhammad Syuqran merupakan pelajar uni tmpt sy mengajar. Pelajar diploma pendidikan prasekolah...sy x mengajar dia, tp sy penasihat utk SRM -rakan muda, maka secara x langsung ahli2 rakan muda sgt rapat dgn sy...susah senang mereka sy tau...

jumaat lepas, lepas solat jumaat kalo sy x salah, dlm perjalanan pulang ke rumah sewanya, an telah dilanggar treler dr belakang, astaghfirullah...sian sgt...kalo tgk gmbr motor tu, depan elok x de pape..tp belakang teruk...tp peliknya tayar maseh elok, mashaAllah...

terus kena tahan icu, terkejut sy masa bob call btau dia dlm perjalanan nk ke hosp sg buloh...mengucap sy sbb doc kata 50-50...ya Allah selamatkanlah an, bgla dia peluang utk hidup, perasaan sy masa tu, Tuhan je yg tau, apatah lagi perasaan ayah dan uminya.....ayah dia bw motor jgn citer la punya la laju sbb ingatkan anak yg sedang menahan kesakitan, yg sedang bertarung dgn nyawa...10 minit je dr bandar utama, astaghfirullah pakcik hebat...kata pakcik: 'saya ingat anak sy je, saya berserah pd Allah, sy tau dan yakin Allah bersama sy...'


kebetulan hari jumaat lepas, sy g konsert maher zain, tp bila lagu sedih, saya pun nangeh sbb hati x tenteram ingatkan apa la nasib an...balik dr konsert terus call bob tanya keadaan an, alhamdulillah da stabil...ni msg dr ayah an pd hari pertama:

'...Along Syuqran buat masa ini berada di dlm keadaan stabil tapi masih belum sedarkan diri. Dr dah buat scan di bhgn abdomen tgh tadi di tmpt pembedahan membuang Limpa di buat. Result scan tadi di ketahui lewat ptg tadi dimana ada terdapat 'collection' (cecair yg terdapat selepas pembedahan) masih terdapat di kawasan bekas bedah. Hasil gambar scan tersebut telah di serahkan pd pakar radiologi yg akan penilaian mlm ni samada cecair tersebut adalah cecair biasa selepas pembedahan atau nanah. Andai cecair itu nanah, pembedahan mgkn terpaksa di lakukan semula utk keluarkan nanah itu. Tpi itu hanya andaian klau itu nanah. Dr juga akan lakukan CT Scan mlm ni pd otak along Syuqran utk menilai tahap pendarahan dalaman. Saya ada melihat gambar scan di otak along Syuqran ptg tadi, menurut Dr pakar neurologi, hanya sedikit berlaku pendarahan di situ. Seandainya semasa lepas kemalangan tempohari, jika ada pendarahan serious di bhgn tersebut, mereka dah buat pembedahan serta merta. Ini satu berita yg baik utk kita, jdi kita X perlu rasa bimbang pd tahap kecederaan di otak along Syuqran. Walau pun begitu, Dr tetap akan buat CT Scan mlm ni utk kepastian. Sama2 lah kita berdoa akan hasil yg baik. Pelipis tulang di belakang tengkorak along juga menurut Dr akan sembuh sendiri (self heal). Begitu juga dgn tiga tulang rusuk along Syuqran yg patah. walaupun dikatakan telah menyucuk paru2, Dr dah sedut keluar kes an2 luka tpi bkn di dlm paru2. Hanya di luar Sbb menurut Dr, organ spt paru2, hati, akan reproduce dgn sendiri. Jdi kita jgn lh bimbang sgt Cuma tulang blkg memang ada patah. Tulang pinggul hanya retak. Kaki di sahkan tidak patah. Alhamdulillah. Dr sdg berusaha utk buat yg terbaik utk along Syuqran. Cuma menurut mereka, kebiasaan kes mcm along Syuqran,(yg kemalangan & di buang limpa) hanya memakan masa singkat 2 atau 3 hari aje utk mereka sedar semula & tidak memerlukan mesin sokongan pernafasan. Tpi kes along Syuqran agak lmbt sikit. Dr kata jgn bimbang krn setiap pesakit lain cara penyembuhan. Berdoa lah kita semua moga Allah memberi kekuatan utk Along Syuqran sembuh. Amin ya Allah....'



hari kedua: saya balik kedah sampai hari isnin, x sempat jugak melawat an sbb sabtu pagi tu saya ada kelas master, lepas kelas terus gerak ke kedah...cadangnya isnin nnt nak singgah, nasib x menyebelahi sbb isnin tu kami sampai shah alam lewat, jam 7, sy pulak ada kelas master mlm tu..an, sy minta maaf x sempat ziarah...sy keep on calling bob tanya keadaan an, kata diorg maseh x sedarkan diri sbb doc bg ubat tdo supaya dia rest....

hari kelima: (selasa)

sy tekad arini mesti pegi ziarah, so balik keje jam 4.30 abeh kelas terus solat asar, terus gerak dgn pelajar srm lain ke hosp sg buloh....ya Allah berdebar2 hati sy nak tgk keadaan an....ya Tuhan kuatkan hatiku....alhamdulillah sy masuk ke icu dgn tenang, sy selawat ditelinganya...sy bacakan doa supaya an kembali sembuh, ditabahkan hatinya mengharungi ujian dr Allah ini....
diluar icu, yg ada ayah an, kwn2 srm....ramai yg dtg..ramai org syg an....

hari keenam: (rabu)

dee call sy dlm tengahari maklumkan an da sedar, alhamdulillah syukur pd Allah...suara dee pun da bersemangat, dee dan an sgt rapat mcm adik kakak....ok dee, ptg ni kita jmp di hospital ye...kami semakin bersemangat utk ziarah an..semlm ptg di hospital, kami sama2 menangis bial cerita tentang an...dia manja orgnya, dgn sy pun dia manja, ingat lagi masa team building kat bkt cerakah aritu, selalu nak amik gmbr sama2 dgn cik kb, sket2 cik kb...'yeay cik kb syg aku..' mmg sy syg dia mcm adik sy....selalu sy buli minta tlg beli goreng pisang, minta tlg angkat beg..mcm2...:-)

maka ptg tu, kami jmp kat hospital sg buloh...alhamdulillah rezeki nak jumpa umi an tercapai, muka dia sebijik muka mak dia, tp suara mcm ayah...umi dan ayahnya sgt tabah...sy sentiasa doakan makcik dan pakcik diberi kesihatan yang baik utk menjaga an, utk melalui hari2 mendatang, dan diberi ketabahan hati menghadapi ujian dr Nya...

turn sy masuk dlm icu da sampai, ya Allah lagi sekali sy pohon kuatkan hati saya, sy masuk dgn wan (housemate sy), bila tgk keadaan an sama macam semlm, maseh tdo, lama jugak sy biarkan x kejut, tba2 mata dia terbuka, mula meronta nak angkat tgn, nak buka mulut nak bercakap, sy pegang dia perlahan2 sambil bisik, 'an, relax...x mo bergerak, tdo je, selawat byk2 ye..an tenang an...x payah ckp, sy ada disini...' ya Allah air mata dia mengalir dikiri kanan kelopak matanya, ya Tuhan tabahkan hatinya....saya x boleh lama, saya x tahan nnt sy menangis depan an, sy tgk dia kembali tdo, sy pun ajak wan keluar....alhamdulillah sekurang2nya dia da sedar dan boleh bernafas dgn sendirinya....

ini msg dr ayah an: '...Salam semua. Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi yg maha berkuasa atas segala2nya. Along Syuqran telah mula sedar. Bila waktu melawat tgh tdi, sya sapa dia, dia buka mata, gerakkan tgn dia & sya lihat airmata along Syuqran mengalir. Sya beri along kata2 semangat. Sya tahu dia sdg menahan kesakitan. Dr kata tunggu along Syuqran betul2 sedar, baru dorang tanggalkan tiub bantuan pernafasan. Luka2 di muka & tangan nya dah mula kering. Mudah2an along Syuqran tabah & kuat utk hadapi dugaan ini semua. Moga dia akan sembuh & kembali di kalangan kita yg menyayangi nya. Amin Ya Allah...'

syukurku pdMu ya Rabb....

ini berita semlm: '...Salam. Pagi tdi Dr xray & dpti de msalah kt paru2 sblh knan plk. E2 ari dh buat paru2 kiri yg kne tlg rusuk yg pth. Tdi Dr dh sdut kuar cecair kt paru2 knan. Baru la syq nmpak ble bnfas dgn elok. Nnti pe2 pa lang add lgi. Doakn utk syq, k.. Amin ya Allah.

tp start semlm sy x dpt ziarah an, sy ada kelas master, hari ni plak sy akan ke JB atas urusan kerja sampai ahad nnt, isnin plak ada kelas master..inshaAllah selasa depan sy akan ziarah an...doa sy mudah2an sy akan terus dpt berita baik dr ayah an, dee n bob...mudah2an bila sy balik dr jb, an da sedar sepenuhnya..sebab semlm doc masukkan balik ubat tdo, sbb degupan jantung an laju sgt, which is kurang baik kata doc...sy maseh menanti berita baik dr mereka....

semoga Allah tabahkan dan kuatkan hati an menerima ujian ini....


ann,

saya sentiasa doakan utk an, saya nak tgk an pulih seperti sediakala, dpt bergurau dgn kwn2 mcm biasa, an anak yg baik, adik yg baik, sahabat yg baik, pelajar yg baik....kami semua sygkan an....



Feb 28, 2011

surat itu...

bismillahirrahmanirrahim....

disuatu mlm yg permai...yakni baru je td, niat dihati mula2 nak tlg mak cari sijil nikah, sbb skarang prosedur nak ke tanah suci, perlu ada sijil nikah..tp sijil nikah mak dan arwah abah hilang, so td nk tlg cari, tp x jmp jg, sudahnya google search la..kalo ikut hasil mr google, majlis agama Islam kelantan je yg bg feedback terhadap permasalahan begini, apa yg perlu buat, kena pergi ke pejabat agama jajahan yakni pejabat agama mak dan abah daftar nikah. mohon Allah permudahkan urusan kami.

tgh2 belek surat itu ini dlm almari mak, tiba2 (waktu ni, mak da tdo) terjumpa surat2 dr arwah abah utk mak, surat itu masa arwah abah keje kat tanah suci, thn 1975....syahdu sgt masa baca, antara intipati surat tu, abah byk tanya kabar mak n abglong, sbb abglong je yg ada masa tu...abah juga btau keadaan abah, tok dan wan di tanah suci. abah citer dlm surat abah belikan mak jam, belikan makcik jam, abah kirim pd arwah wan, sbb arwah wan dan tok balik dulu.abah kan keje...abah kata dia rindu sgt kat mak, dia rindu sgt abglong, dia minta mak kirimkan gambaq abglong...abah ckp lagi, mekah sekejap panas, sekejap sejuk, x tentu, abah kata hari2 abah berdoa depan ka'abah semoga keluarga ini sentiasa dalam rahmat Illahi...masyaAllah...



salah satu citer abah yg plg menarik hati, abah kata Taif cantik...ya Allah, permudahkan urusan kami kesana, izinkan kami Ya Allah....

ada satu surat tu, tarikh dia 23 februari 1975, sehari selepas hari lahir abah. Abah kata, semlm hari lahir abah, tp takde sambut apa2, cuma abah buat kenduri jamu kwn2 dia makan...tp 22 febuari yg lepas abah da 16 thn x bersama kami, semoga allah ampunkan dosa abah, tempatkan abah bersama org2 yg beriman.....



sah2la kb nangeh baca surat2 tu....ada 2 benda yg kb rindu bila baca surat arwah abah ni:
1) sgt3 rindukan abah....
2) rindu utk tgk sendiri ka'abah, sbb x pernah tgk real, dan semua umat Islam punya cita2 dan destinasi yg sama...tanah suci itu....

terfikir2 sendiri, ketika dlm keadaan ini, dimana kb, mak dan abg2 berniat utk ketanah suci, kb terjumpa surat abah..surat dr tanah suci, surat yg byk kandungannya tentang tanah suci...mashaAllah..permudahkan lah urusan ini ya Rabb....mungkin surat abah itu, buat sy semakin rindukan utk ke sana..semakin berkobar2 utk kesana....semakin terasa aura itu...ya Tuhan ya Karim, ya Rabbul I'zzati, izinkan kami menjadi tetamu Mu ya Allah....terasa-rasa aura surat abah tu....

mak pesan, lepas solat sedekahkan al-fatihah dan surah al-ikhlas sebyk yg mungkin utk abah, sbb abah menunggu doa2 dr anak2nya....

syukurku pd Rabbku sebab temukan surat2 itu pd mlm ni....semoga semuanya dipermudah dan diperkenankanNya....

Feb 25, 2011

new look...

new template...
new color...no more lots of pinkish....
nampak lebih matang sket eh...
pink tetap di hati 110%

Feb 20, 2011

sunday = ahad

i'm alone at home....

wuhuhuhu ahad yg plg indah, lepas subuh tdo balik, bgn2 lapar...keta x de..ada kat bangah, kaksah x de..wan x de...bukan x leh kemana2 naik bus, cumanya malas...sy ada keje perlu disiapkan, esok presentation..tp br 20% siap...okay, sy buat sekarang...

Feb 11, 2011

kisah thn lepas: Broga Hills













date: 11 december 2010
lokasi: Broga Hills, Semenyih
line up: kb, szu, naem, onie, azam, daus, wan, fazilah & fazli

ini bukan kali pertama kb ke sini....tp sungguh broga hills sgt cantik...subhanAllah...sgt indah ciptaan Yang Maha Esa...


jam 4.00 a.m:
kb, k.naem & azam gerak dr BJ ke shah alam...fuhhh bangun jam 3 pg, sbb takut terlambat...

jam 5.00 a.m:
jumpa daus n wan ritini kat shah alam, gerak 1 keta, szu dr klang ngan fazilah & anak buahnya fazli...terus gerak dan jmp kat masjid semenyih...

jam 6.00 a.m:
kami subuh di masjid semenyih...alhamdulillah dpt subuh berjemaah bersama jemaah2 yg lain di masjid tu...

jam 6.30 a.m:

kami da berada di parking lot broga hills, x jauh dr pekan semenyih tu, dlm 10 minit je lebih kurang...
melalui Nottingham University...
warm-up dulu, start climb!!!
msg2 bersama-sama torch light & headlamp sbb maseh gelap...
ramai org jgn citer ahhh....sabtu katakan...bagus2, rakyat malaysia ramai yg da suka bersukan...
kami sampai di puncak pertama....umat manusia mcm semut...tp view mmg sgt indah..berbaloi2...
terus mendaki, cita2 nk sampai puncak terakhir....nk pegang bendera Malaysia...nk tampaq signboard broga tu..wihihii...alhamdulillah dlm jam 10.30 kami sampai....byk berenti sbb nk amik gmbr, tp okayla nk feel kan suasana yg sgt indah di atas bukit....
kami turun, dgn kadar kelajuan berlari....hehehe sampai je bwh, kb n azam sampai dulu, kami pekena ayaq nyoq...air kelapa..owh enak, kalo dulu sy x minum ayaq nyoq ni..tp inilah kali pertama minum dgn rasa enak dan nak lagi....
lihat depan....owh cantik ada pokok kelapa, apa lagi jom last photoshoot together....wihihihi...kami mau pulang....
singgah lunch kat restoran yus kat pekan semenyih....alhamdulillah kenyang...


tips:

1) pakai kasut yg bersesuaian...sbb time turun licin, agak curam, kalo kasut x sesuai, licin...susah...

2) bw makanan yg memberi tenaga cth: pisang, coklat, roti...x yah la bw mcm nk g picnic lak...

3) bag x yah berat2...cukup utk letak food, air,camera & towel..

4) camera pasti bw ok!!! jika tdk anda yg rugi...wihihii
5) kalo climb waktu lepas subuh, jgn lupa bw torchlight ataupun head lamp...

jom sapa nak naik lagi??? ajak saya ok....:-)


Nature Lover;
-khay_ke'ai-