Showing posts with label kb_hobbies. Show all posts
Showing posts with label kb_hobbies. Show all posts

May 6, 2012

Mari Berpesta....Pesta Buku

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

alhamdulillah dengan izin Allah, kali ni saya dapat lagi menjejaki bahan ilmiah di pesta buku antarabangsa, PWTC...

sejak sambung study balik ni, segala perbelanjaan kena ikut budget, takut tersasar, so x de la berangan melampau nak membeli mcm thn lepas...berpada-pada aje la...tapi dalam pada tu, wohhhooo 4 kali saya ke pwtc...

Kali Pertama: 1 May 2012 (Selasa)

- memandangkan 1 May cuti umum, memang padat mcm sardin orang ... nama pun pesta..memang mcm pesta...kali pertama ni bersama-sama dengan family, dengan angah, abg hafiz (abg ipar), 2 orang anak angah (izz & insy) dan juga si kecil Luqman Afif (anak abg caq...nak ikut makcu katanya, so mama dan abahnya 'cuti' la sepanjang hari...:-) )
- dengar IKIM.fm pagi td, kata Prof Muhaya: 'alhamdulillah ramai keluarga bahagia yang bawa anak2 ke pesta buku, mereka yang membawa anak2 bersama, adalah keluarga yang cintakan ilmu, keluarga yang bahagia..'
- kata angah: 'biar bersesak kerana buku, kerana ilmu, jangan kerana konsert yang tdk mendatangkan faedah'
- sebabkan makcu bertindak as a baby sitter, maka makcu beli 2 buku je...'Catatan dari 40000 kaki' dan Mengenal Allah melalui sifat 20 Nya'...alhamdulillah (nampaknya makcu kena pergi lagi ni...ngeee)
- penat, berpeluh, bersesak, perut pun tersangatlah lapar....anak2 buah pun lapar, ok takpe, makcu dapatkan makanan ye..(beli la) nasi lemak, sandwich, kek, nescafe ais...ok mari anak2 makcu, mari kita berkelah (abah dan ibu masih mencari buku)...alhamdulillah kenyang...
- masa ni nampak nasi lemak, mcm nampak pizza paling sedap di dunia je...nescafe ais tu, mcm air yang turun dari gunung je rasanya...betapa lapar dan hausnya...
- selesai sessi pertama, kami pulang ke rumah masing2....(makcu ada misi tersendiri...:p )
- sampai je rumah, selesai solat, apa lagi...lena selaguuuu (zzzZZZ...letih)


selesai kiddos semua makan, makcu ibu dan abah pulak nak makan...


tengok...lautan manusia yang dahaga dan cintakan ilmu...ayuh, bersama wujudkan budaya membaca tak kira tua dan muda, tak kira tempat, kita mesti jadi masyarakat yang suka membaca, kerna itu satu kewajipan...IQRA' !!!


Kali Kedua: 2 May 2012

selesai kelas di UK*, saya langsung ke pesta buku, memandangkan tiada kelas foundation mahupun kelas tahfiz, grab peluang yang ada...
misi hari ini: mencari buku latihan Matematik Tambahan untuk pelajar sekolah tahfiz (UNISMART)

dah lama tunggu buku ni, dekat sebulan, tapi SASBADI tak reprint buku tu, sebab tu terus ke pesta buku, dengan harapan dapat terus berhubung dengan person in charge untuk order...

mula2, assistant nya kata ada, jam 3 baru buku loading, ok kita tunggu sampai jam 3, 
jam 3, naik atas lagi jumpa betul2 person in charge utk order tu, baru la dapat tau hakikat sebenar, tunggu la sampai jam brapa pun, buku tu memang habis stock, SASBADI tak reprint! ok bersangka baik, mungkin bukan SASBADI sumbernya..ayuh kita ke PELANGI...

alhamdulillah dah order 30 copies di PELANGI...janjinya hari jumaat jam 11.30 nak ambil buku2 tuh...selamat, jumaat pagi x de kelas dengan mana2 (foundation or tahfiz) ...

kali kedua ni ada hasil x? pastinya ada....'Nota Cinta Buat Cikgu' 
bukunya cantik, isinya menarik, dan bakal jadi pendorong motivasi diri, inshaAllah...

Kali Ketiga: 4 May 2012

ok kenapa pilih jumaat utk collect buku addmath? sbb jumaat free sikit, x sibuk dengan kelas mengajar...
lagi satu sebab hari jumaat ada pelancaran buku sulung Irma Hasmie, buku Prof Dr Muhaya dan lain2 lagi...jam 11.45

jam 10 call Mr Tan nak collect buku, dia minta maaf sebab buku tu belum sampai....huaaaaa x boleh ambil hari ni...eemmm pujuk hati, Allah Maha Tahu kenapa bukan hari ni dapat buku tu...

ok, jam 11.30 saya masuk ke booth PTS, terus cari buku SMILE (start cari dari hari mula2 ke pesta)...selesai bayar, terus ke pentas utama nak tunggu pelancaran jam 11.45 (semangat saya ok...)

cari port baik sket, agar nampak muka2 panel/penulis nanti...duduk di row ke-2...ok clear...

jam 11.45, yang dinanti pun tiba..slot ini namanya slot Tokoh Arena: Meraikan Insan, Memaknakan kehidupan.



ada 4 orang penulis semuanya:

1) Prof. Dr Muhaya - Pelajar bertanya, Prof Dr Muhaya menjawab




2) Irma Hasmie & Zamri Mohamad - S.M.I.L.E


ha ni betul2 SMILE (",)

3) Pak Parlindungan Marpaung - Hidup Ini Pilihan *penulis berasal dari Indonesia


4) Tuan Zuhairi & Amin Idris - Law of Universal Attraction 


segak bergaya kan...kalau bercakap, lagi penuh gaya =)

satu majlis ilmu yang cukup indah (ade ke majlis ilmu yang tdk indah?? ) alhamdulillah banyak aura positive di perolehi...




*beberapa notes yang sempat saya salin hasil dari majlis ilmu ini:

Prof. Dr Muhaya:

1) celik matahati, reset minda, delete STRESS!!!
2) ' you must be a driving seat in your life', kita yang sepatutnya tentukan skrip kehidupan kita. Kita adalah script writer, director and main actor.
3) suka atau tidak dengan kerja kita, apa yang penting adalah COMMITTED.
4) kita harus memberi makna kepada kehidupan kita - fokus hidup pada makna setiap saat ( makna untuk akhirat), kita kejar makna cita-cita, inshaAllah akhirat tercapai, bukan kejar cita-cita...kejar makna cita-cita
5) jaga hubungan kita dengan Allah, berakhlak dengan manusia dan apa yang kita buat jangan kelam-kabut 
6) niat hidup untuk menghambakan diri pada Allah, menjadi khalifah pada diri sendiri dan meng'imarahkan dunia mengikut hukum Allah

Irma Hasmie:

jangan buat sesuatu benda separuh-separuh, biar sedikit asalkan menjadi, dan bergaullah dengan orang-orang yang baik...SMILE

Tuan Zuhairi:

- listkan 10 impian, lukiskan / tampalkan gambar setiap impian
- lihat setiap hari sebelum dan selepas tidur kerana itu adalah waktu minta separa sedar/segar
- apa yang masuk dalam minda akan menjadi mesin doa yang tidak akan berhenti
- Allah akan bagi mengikut apa yang kita sangkakan, maka bersangka baiklah pada Allah.
- kamu adalah apa yang kamu fikirkan

Pak Parlindungan Merpaung

- kekuatan kita adalah DOA

GOD is POWER!
GOD is GOOD!
GOD is my decision maker!

maka, rela dan redha dengan rendah hati pada Allah...

sesuatu yang bermula pasti berakhir, maka pengerusi majlis mengumumkan ada kejutan buat penonton setia di pentas utama...

setiap penulis diberi 2 buah buku sendiri dan perlu ditandatangani dan diberi kepada 2 penonton bertuah...Prof Muhaya turun ke bawah pentas dan memilih 2 orang yang bertuah, alhamdulillah rezeki mereka, tapi masa penulis2 sedang menandatangani buku2 mereka, pengerusi berkata begini: 'maka, inilah masanya yang tepat untuk kita berdoa, agar buku itu menjadi milik kita, dan kenangan yang paling indah untuk Pesta Buku 2012 ini..'



wahhh berdebar je dalam hati, 'ya razaq, ya razaq...Allah yang Maha memberi rezeki, mudah-mudahan buku SMILE itu akan menjadi milikku..' wahhh sakan berdoa sambil membayangkan tiba-tiba Irma datang lalu memberi...wahhh impian, tapi sayangnya Irma tak tau nak bg pada sapa...maka diberinya soalan agar penonton yang cepat jawab, dapat hadiah tu...owh ya lupa buku bersama sekuntum mawar merah....:-)
soalan pertama saya missed!! ok, maju ke depan wahai kaki, maju kedepan, IMPIAN TAKKAN TERCAPAI TANPA DOA DAN USAHA! kaki ayuh kita kedepan seiring hati....dan soalan kedua pun muncul, pantas saya ke pentas, (kantoi ada satu buku SMILE ditangan) 
kata Irma: eh, awak dah ada buku,
kata saya: takpe, saya nak yg special tu...
kata Irma: ok apa jawapannya?
kata saya: Zamri Mohamad
kata Irma: ok betul, tapi lagi satu buku ni awak nak bg siapa?
kata saya: saya bagi kakak saya (dah bagi pun today..kembang semangkuk la kakak saya)



double SMILE (",)



senyum pada buku dan bunga =)


alhamdulillah sebuah buku SMILE bersama sekuntum rose jadi milik saya...syukur ya Allah...klik sana klik sini....terubat la sikit tak dapat ambil lagi buku addmaths tu....

TQ IRMA, TQ PTS =)

Kali keempat: 5 May 2012

mula-mula dah deal nak ambil buku addmaths 30 copies tu hari ahad, tapi memandangkan hari ahad ada wedding invitation saudara terdekat di Brickfield, maka saya dan angah beserta adik comel (cousin from penang) lagi sekali ke pwtc jam 8 mlm lepas maghrib...

hari jumaat, pesta buku sampai jam 9. Sampai je pwtc, kami berpecah...angah dan kak adik jalan2 tgk buku, saya terus ke PELANGI...'wahhh cikgu, you sudah sampai..okay i amikkan untuk you ye...i bagi you woven bag pelangi je, ok maaa??'
saya: okayla dari takde apa2...tqvm mr Tan.


kakak2 cantik bersama adik comel...wihihihi

selesai urusan buku addmaths, terus call angah tanya ada mana, wahhh suara gembiranya 'cepat datang PTS, ada A.Samad Said..' woww sasterawan negara tu...(Pesta Buku 2010, saya dapat bergambar dengan Pak Samad..nnt kita review ye)

jumpa angah, tahu sangat dia nak ebrgambar, beli buku dulu angah, minta autograf, pastu amik la gambar...alhamdulillah tercapai...=)


angah with Pak Samad


kak adik pun ada hasilnya, 2 buah buku dari MUSTREAD...

maka berakhirlah perjalanan mencari bahan ilmiah....jumpa lagi tahun depan, inshaallah....


Let us always meet each other with smile, for the smile is the beginning of love — Mother Teresa


















Apr 30, 2012

Terbang Tinggi di Awan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

alhamdulillah dengan izin dan kasih sayang Allah, impian saya terlaksana..senyum pada alam...=)

persiapan:

- sebulan sebelum dah booking, dah deposit 50%...sebenarnya impian ni dari tahun lepas sebelum menunaikan umrah...
- sehari sebelum, email captain (Lt. Col. Basir) utk pengesahan

hari yang dinanti  28 april 2012


- seawal jam 8.30 berkumpul dirumah amy (kb, amy n piah naik satu keta)...jumpa zico n miza dekat syed sek3, breakfast dulu, dalam jam 9.30 gerak ke Jugra
- sampai pekan Banting, sms captain btau dah sampai Banting, then captain tunggu dekat simpang Sg Raba (kelakarkan nama tempat ni) Nurul, fifa, Iman dan adik2 nurul dah sampai 30 minit lebih awal dari kitorg, diorg terus tunggu dekat rumah api Bukit Jugra (tempat paragliding)
- captain baik orangnya, hensem juga (ex-pilot air force lah katakan) dah tua dah, pangkat abah2 ....tapi sihat alhamdulillah, amalkan gaya hidup sihat gtu la...(aissy citer pasal captain plak lebeh)


tgk2...hensem kan...tp captain Kim lagi hensem la...wihihi



 permandangan dari atas Bukit Jugra


 adik ni memang la haisyyyy jeles akak dik!!! nak jugak terbang solo gini...memang x mental stress punya....


photographer yang sanggup berpanas dan kini telah menjadi dayang senandung


sangat kagum dengan paraglider ni (x sempat tanya nama dia..hukhuk) 2 kali cubaan terbang tidak berjaya, namun beliau tidak berputus asa, terus dan terus mencuba, akhirnya beliau di udara....tak berjaya atas faktor angin dan salah teknik (kata captain Basir)

- jam 11.00 - taklimat oleh captain, eemmmm mula2 agak mendukacitakan sebab kata captain gini: 'angin belum masuk, sekarang ni angin belakang tak sesuai nak terbang, kita tunggu sekejap tunggu sea breeze (udara dari laut), kalau shah alam, klang panas, heated so udara dari laut akan naik, kalau sea breeze lebih kuat dan mampu lawan angin dari belakang, inshaAllah ada peluang untuk fly...angin belakang sebab sekarang musim angin monsun timur laut belum betul2 habis...


- segalanya berkemungkinan, sama ada fly atau tak...tidak putus2 doa pada Allah agar kami dapat fly, 'Ya Allah hanya dengan izin Mu kami dapat lakukan xtvt ini, Ya Allah hanya dengan keajaiban Mu, sea breeze akan masuk dan lawan angin belakang...' semua orang tenang menanti dan berdoa. Ini dikatakan sessi 'parawaiting' kata captain.



- dalam jam 11.30 ke atas lebih kurang, captain and team keluarkan harness bagai, siap payung terjun semua...mcm ada harapn je, kami agak berdebar, takut2 tak dapat fly, kata captain tengok flag (bendera Malaysia) dan tengok awan, tengok pergerakan awan kalau ke kanan ada harapan, kalau flag berkibar ke kanan tandanya ada sea breeze, captain pun x putus2 berhubung dengan kawannya di tepi laut, update on sea breeze...kami dengan semangat psychology yang ada asyik la menyeru awan dan flag bergerak ke kanan...hehe

- tiba2 captain senyum dan berkata 'kita ada harapan utk fly...' nak je jerit 'captain, i'm ready for take off...' hahah alhamdulillah...cita2 dalam hati dari dulu lagi nak jadi org pertama fly, tapi hasrat hati tidak dinyatakan, dan ternyata Allah Maha Tahu..



- captain: 'orang yang ringan terbang dulu' wihihooooo...saya mahu saya mahu....
- pakai harness semua siap, captain amik helmet color pink dan pakaikan pada saya...owh myyyy saya terbayang captain Kim dengan tiba2 senyum sampai telinga (maafkan saya captain...asal sebut nama captain, pastinya terbayang wajah hensem captain Kim..semangat berangan yang begitu tinggi :p)

 
okay, saya terbang dengan abg zain (nama saya zain, tp bukan anuar zain) kelakar jugak orang nya....kegarisan, sedia...belum mula lagi, captain Basir check lagi arah angin...okay...once, captain tarik harness, maka berlari terus sehingga hilang rasa bukit maksudnya kita sudah terapung dan payung sudah terbuka....bismillah, doa sebagai permulaan...lariiiiiiiiii wahhhh sudah di awangan....wahai alam, aku terbang mencari kalian...aku senyum pada alam...wahai alam, senyumlah kembali...yaaaaa aku rasakan senyuman ituuuuu indah indah indah....subhanAllah...maha suci Allah....syukur ya Allah....


Jugra Tower, ready for take off =)


disebabkan angin kurang berpihak kepada kami, kami hanya mampu terbang antara 400 - 500 kaki shj, inshaAllah 2nd June saya akan kembali terbang, kata captain, kita terbang sehingga 1000 kaki....ya Allah izinkanlah.....indahnyaaaa....


lariiiiiiii


ku ingin terbang tinggi di awan....ku ke udara lagiiiii


sorang demi sorang fly, tapi gap antara setiap orang tu agak lama, sebabkan aktiviti begini sangat bergantung  kepada cuaca dan angin...paragliders yang boleh bw pun 2 orang je arini, yang lain fly solo...so kena tunggu turn agak lama untuk keadaan angin yang baik...cumanya adik nurul n hanafiah (piah) tak dapat fly, masa tu dah jam 2.30, captain kata harapan tipis, kalau jam 3 angin masih angin belakang memang sampai petangla begitu....captain tidak memberi harapan, bila nampak captain dah start gulung tali payung terjun, kami faham maksudnya, tiada harapan lagi...sesungguhnya Allah itu Maha Tahu bukan...pasti rezeki yang lebih baik menanti...2nd June kita fly lagi k...captain kata datang awal June, angin paling sesuai...inshaAllah kami datang lagi....

masa landing, captain tanya, gayat tak, alhamdulillah tak gayat, kata captain, kalau tak gayat boleh terbang solo la lepas ni....wihihihihi nak nak nakkkkk....rm1500 untuk training class, 2 class + 2 practical, terbang bersama captain tapi student yang bawa captain....wohhhoooo masa tengah parawiting tu, ada praglider yang terbang solo, beberapa kali cubaan tak dapat terbang, tiba2 captain datang, bagi arahan itu ini...wahhh garang captain ni kalau mengajar...(captain Kim pun garang, ahaks..)

satu lagi pengalaman berharga masa landing tu, tolong captain zain lipat payung, (belajar lipat dulu) cmna nak gulung payung, kat mana satu tali break, then masukkan dalam cover (mcm rain cover beg hiking tuh) pastu letakkan harness atasnya, then angkat..merasa angkat payung, harness sama2 dengan captain zain, mashaAllah beratnya...'berat ke?, awak boleh ke bw?' 'inshaAllah boleh, mmg berat tp dah biasa galas beg hiking..' (ecewah taknak kalah kau kb..) sebenarnya nak ckp, saya mampu angkat ni wpun sy kecik...ngeeee




siapa nih??? wihihi amy korang amy la ni...


antara soalan yang sempat saya tanyakan pada captain:


kb: apa background captain?
captain: tahun 1971 saya berkhidmat dengan air force (pilot le tuuuu) untuk flight kecik, 2-3 orang...


kb: sejak bila captain focus on this kind of sport?
captain: sejak tahun 1995, korang kecik lagi...sampai sekarang...


kb: captain, kalau tournament tu mcm dikira games ni...
captain: ha...nak tahu kena masuk training la...hahah (pandai captain buat lawak, + marketing) okay mcm ni, dia ada 3 kategori: accurate apa benda ntah (x clear) kena touch satu benda besar duit syiling time landing, cross country flying, and acrobatic (sapa berani mati masuk kategori ni la...kata captain)...

captain cerita last week ada 2 orang nak fly, tp x dpt sebab faktor angin, jadi kami ni alhamdulillah dapat jugak fly....

banyak sangat ilmu baru, pengalaman baru yang dapat ditimba sepanjang activity ini...yang paling penting kata captain 'activity mcm ni dapat kurangkan mental stress..' benar captain, saya memang lapang aje time nak fly, buang segala susah hati ke, hal2 keje ke...kosongkan hati, memang betul2 nak tgk alam, nak senyum pada alam...alhamdulillah Allah izinkan...



syukur alhamdulillah...

sehingga berjumpa lagi captain....tqvm captain!!! 


notes:


barisan peserta: kb, amy, zico, piah, nurul & adik2nya, fifa and iman
yuran: rm120 (sekali je terbang)
lokasi: Bukit Jugra, Banting
cara untuk hubungi Paragliders Malaysia: Captain Basir
a thank you notes: tq angah pinjamkan lensa panjang....-)







Apr 28, 2012

impian KB

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

saya mahu terbang tinggi di awan...kamu mahu? mereka mahu...
betulkan niat, ingin saksikan kebesaran Allah Yang Maha Menciptakan sekelian alam....
moga-moga saya dan kawan dapat tersenyum pada alam....dan alam jua kan kembali tersenyum....


doakan kami...=)

Feb 26, 2012

'aku kan kakak'

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


alhamdulillah yippie...dah seminggu lalui perjalanan yg mula2 diingatkan bakal menjadi huru hara, tp dengan bantuan dan izin Allah, semuanya berjalan dengan baik malah lebih baik....syukur sgt...
dah x de kelas malam2 lagi dah kecuali isnin je, itupun x boleh nak susun cantik2 lagi dah, takpela sekurag-kurangnya satu malam je balik lewat, hari lain maseh dapat sampai rumah sebelum isya'...


hari selasa sepenuhnya di office, pagi di KP, Kota Puteri (kelas addmath tahfiz, diorang baru je pindah ke sana minggu ni), dapat balik rumah on time =)

hari rabu sepenuhnya di UK, bermalam @ angah's =)

hari khamis & jumaat pagi di UK, ptg di UNI

hari sabtu, pagi di KP, petang tuition...

hari ahad, pagi tuition, petang free.....


'aku kan kakak'

happy dapat masuk kelas dan belajar semula, alhamdulillah dapat kawan2 yang baik, yang rajin, yang tidak lokek ilmu, kebanyakan mereka muda pada saya, okay!! that's why, i got new tag line...'aku kan kakak' =)

3 subjects for this semester, harapan dapat catch up apa yg di ajar dalam kelas, dan diberikan Allah waktu untuk study....

perasaan bila nak pergi kelas tu rasa seronok sgt, alhamdulillah untuk rasa itu...semoga rasa itu berkekalan, semestinya la bdk2 full time ni nerd sgt, diorg kan fresh grad, semangat setinggi gunung, tumpang semangat diorg la ni...=)

mari berpasta @ Charlie's, Cyberjaya

seronoknya last rabu, angah belanja kami semua makan @ charlie's...

apa yg best?
ada nik master chef

makan apa?
pasta carbonara


sedap sgt ke?
sedap hokay, laju je makan, yang penting habis!

nik ke yg masak?
ye, nik yg masak

charlie's tu kedai dia?
x, dia bukak stall kat charlie's tu, tp mlm je..

dapat amik gmbr dia?
pasti lah!

sapa lagi yang teruja?
selain maksu, izzuddin over teruja sbb siap tutup muka bila nik dtg kat meja....siap dapat autograph lagi....letak kat sebelah time nak buat homework, mmg x bleh blah...=)


perut kenyang, tidur lena, mimpi indah, thank you angah...=)


saya adalah saya

sapa kata saya x de masa nak tgk tv? layan citer korea? saya la kata, saya ingat x boleh dah buat semua tu...tp tidakkkkk....saya maseh mampu berdating dengan captain yg super hensem...=)


maseh mampu berjoging, dannnnn maseh mampu nak attend convention luar....

ayuhhhh jom ramai2 kita jadi bidadari dunia di PICC, Putarajaya pada 24 & 25 mac 2012...
fees: RM 100 x termasuk makanan (sebelum 1 March 2012)

sila daftarkan diri di http://www.bidadaridunia.com


me? registered!!! mudah2an dapat pergi nanti....


dinner @ zam-zam, seksyen 9

malam td, kak onie ajak join dinner students dia bersama anak2 yatim Rumah Kasih Bestari, Subang....apa lagi, alang-alang dah free, join la....for the first time saya bawa bag hadiah dari kakzu, shawl hadiah dari anis waktu dia performed umrah thn 2010...


tq anis & sis szu


a thousand smile....


si manis 'onie jie'


makan nasi arab, ayam mandy, puding caramel, air color purple gelap (boleh x tau rasa apa, main minum je)

semalam penat sangat turun naik popular, mph, kedai buku x ingat nama, sbb nak cari buku addmath utk pelajar2 tahfiz, saya sgt teringat akan coffee...jeng jeng jeng saya nampak starbucks, aduiii redah je la....hari ni kan gaji =)


caffe mocha iced cube satuuuuu.....dalam paper beg tu ada cheese cake....=)



*bersangka baik pada Allah, inshaAllah segalanya akan jadi baik
*apa yang berlaku minggu lepas, ikat kemas2, simpan dalam hati, yang baik jadikan panduan, yang kurang jadikan sempadan....





Jun 28, 2011

Lambaian Kinabalu...Day 1

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

28 January 2011

- detik bersejarah buat kb & the geng...


- epul da berlepas jam 5.10 ptg td...da sampai pun,
- yulia, asrif, ayuni, pejal, udin, apexi & didie berlepas jam 6.20 ptg
- kb, boy, wanny, arwin, iza, sab, hana, kae, raja, renee, piah, berlepas jam 9.25 mlm
- terima kaseh pd chah & anas, amy, linni, miza, zico, afiq (cousin) & fara kerana sudi menghantar kami....


- mereka yg da berlepas awal, terus berkumpul di airport, acol amik diorg jam 9.30 dan terus di bawa ke kinabalu park....



- kami tiba jam 12.00 tgh mlm / pagi buta 29 january 2011...acol (016-8408772 - utk sewa van) da siap menunggu kami (group ke-2). setelah selesai solat isya', perjalanan diteruskan ke Kinabalu Park...perjalanan mengambil masa 2 jam setengah, suasana ke kinabalu park begitu sunyi sepi, bengkang bengkok, naik turun jalannya...seraaammm...alhamdulillah selamat sampai jam 3 pg di Kinabalu Park Resort.

- kami sepatutnya disajikan mkn mlm, disebabkan sampai pagi buta, makanan tersebut dibungkus, tp nasib x menyebelahi, ofis nya ditutup awal. Puas kb n boy ketuk pintu ofis...malangnya tiada..akhirnya kami terus ke bilik penginapan...naik bukit lagi...ayuhhhh galas beg, panjat bukti, sejuknya hingga ke tulang, masing-masing berselimut dengan winter jacket...huwaaaa asap keluar dari mulut..sejuk gilerrrr....

- cuci muka, badan dan kaki, kami masing-masing terbaring atas katil masing-masing, subuh di sabah awal...jam 4.30 pg...huhu tdo sejam je ni gamaknya....zzzZZZ jumpa esok..pendakian bermula....