May 6, 2011

syukur....


bismillahhirrahmanirrahim....

mode: di atas nama cinta (UNIC)

salam jumaat, semoga sentiasa dalam lindunganNya....

pagi2 dalam keta szu nak ke office, dengar IKIM, ada slot sempena hari ibu, Allahuakbar..msg2 syahdu ja...dengar pesanan dari ustazah (x sempat dgr nama ustazah tu)...pesan ustazah, telefon la selalu sementara kita maseh berpeluang mendengar suaranya...

sebelum tu, pagi td jam 7, tgk segmen tanyala ustaz kat tv9, pun tajuk 'IBU' ...pesanan ustaz juga sama, sentiasa doakan kedua ibu & bapa....terima kaseh Ya Allah kerana menggerakkan hati kami utk membuka tv9 dan radio ikim, betapa kasehNya Allah pd hamba2Nya....

baru td, abgcaq call, tanya khabar ttg 'urusan besar' kami sekeluarga...dah settle ke belum, alhamdulillah semua da settle, tunggu detik dan waktu je ni, cuma satu yang maseh belum settle...ILMU...dari hari ke hari, waktu ke waktu, jam ke jam, minit ke minit, saat ke saat, asyik membaca, mencari, bertanya, berbincang tentang 'urusan besar' itu....pesan abgcaq, belajar la habis2an, tentang wuduk, solat, kerna itula perkara yang paling penting, inshaAllah abgcaq...lepas letak talifon, tanpa sedar, air mata menitis...air mata syukur....alhamdulillah ya Allah kurniakan saya seorang abang yang begitu mengambil berat akan hal adiknya, keluarganya, abg yang sentiasa mengingatkan adiknya tentang pentingnya aurat, pentingnya adab, pentingnya kasih sayang...sesuai dengan namanya...Khairul Shakir...kebaikan dan kesyukuran....alhamdulillah....alhamdulillah....

alhamdulillah minggu lepas, selesai sudah kenduri kesyukuran yang di azam oleh kami sekeluarga....syukur nya saya punya keluarga yang sentiasa berkasih syg, semoga keluarga ini sentiasa dalam rahmat dan redha Illahi....

*salam hari ibu buat ibu tercinta, makcik yang sentiasa dikasihi, angah yang paling disayangi, kak ainun yang sentiasa di hati dan semua ibu2 di seluruh dunia, dengan iringan doa, semoga sentiasa beroleh keberkatan dari Allah.....


No comments:

Post a Comment