Mar 4, 2011

ujian dari Allah...


Bismillah...

hari ni cukup seminggu an di hospital, an atau nama penuhnya Muhammad Syuqran merupakan pelajar uni tmpt sy mengajar. Pelajar diploma pendidikan prasekolah...sy x mengajar dia, tp sy penasihat utk SRM -rakan muda, maka secara x langsung ahli2 rakan muda sgt rapat dgn sy...susah senang mereka sy tau...

jumaat lepas, lepas solat jumaat kalo sy x salah, dlm perjalanan pulang ke rumah sewanya, an telah dilanggar treler dr belakang, astaghfirullah...sian sgt...kalo tgk gmbr motor tu, depan elok x de pape..tp belakang teruk...tp peliknya tayar maseh elok, mashaAllah...

terus kena tahan icu, terkejut sy masa bob call btau dia dlm perjalanan nk ke hosp sg buloh...mengucap sy sbb doc kata 50-50...ya Allah selamatkanlah an, bgla dia peluang utk hidup, perasaan sy masa tu, Tuhan je yg tau, apatah lagi perasaan ayah dan uminya.....ayah dia bw motor jgn citer la punya la laju sbb ingatkan anak yg sedang menahan kesakitan, yg sedang bertarung dgn nyawa...10 minit je dr bandar utama, astaghfirullah pakcik hebat...kata pakcik: 'saya ingat anak sy je, saya berserah pd Allah, sy tau dan yakin Allah bersama sy...'


kebetulan hari jumaat lepas, sy g konsert maher zain, tp bila lagu sedih, saya pun nangeh sbb hati x tenteram ingatkan apa la nasib an...balik dr konsert terus call bob tanya keadaan an, alhamdulillah da stabil...ni msg dr ayah an pd hari pertama:

'...Along Syuqran buat masa ini berada di dlm keadaan stabil tapi masih belum sedarkan diri. Dr dah buat scan di bhgn abdomen tgh tadi di tmpt pembedahan membuang Limpa di buat. Result scan tadi di ketahui lewat ptg tadi dimana ada terdapat 'collection' (cecair yg terdapat selepas pembedahan) masih terdapat di kawasan bekas bedah. Hasil gambar scan tersebut telah di serahkan pd pakar radiologi yg akan penilaian mlm ni samada cecair tersebut adalah cecair biasa selepas pembedahan atau nanah. Andai cecair itu nanah, pembedahan mgkn terpaksa di lakukan semula utk keluarkan nanah itu. Tpi itu hanya andaian klau itu nanah. Dr juga akan lakukan CT Scan mlm ni pd otak along Syuqran utk menilai tahap pendarahan dalaman. Saya ada melihat gambar scan di otak along Syuqran ptg tadi, menurut Dr pakar neurologi, hanya sedikit berlaku pendarahan di situ. Seandainya semasa lepas kemalangan tempohari, jika ada pendarahan serious di bhgn tersebut, mereka dah buat pembedahan serta merta. Ini satu berita yg baik utk kita, jdi kita X perlu rasa bimbang pd tahap kecederaan di otak along Syuqran. Walau pun begitu, Dr tetap akan buat CT Scan mlm ni utk kepastian. Sama2 lah kita berdoa akan hasil yg baik. Pelipis tulang di belakang tengkorak along juga menurut Dr akan sembuh sendiri (self heal). Begitu juga dgn tiga tulang rusuk along Syuqran yg patah. walaupun dikatakan telah menyucuk paru2, Dr dah sedut keluar kes an2 luka tpi bkn di dlm paru2. Hanya di luar Sbb menurut Dr, organ spt paru2, hati, akan reproduce dgn sendiri. Jdi kita jgn lh bimbang sgt Cuma tulang blkg memang ada patah. Tulang pinggul hanya retak. Kaki di sahkan tidak patah. Alhamdulillah. Dr sdg berusaha utk buat yg terbaik utk along Syuqran. Cuma menurut mereka, kebiasaan kes mcm along Syuqran,(yg kemalangan & di buang limpa) hanya memakan masa singkat 2 atau 3 hari aje utk mereka sedar semula & tidak memerlukan mesin sokongan pernafasan. Tpi kes along Syuqran agak lmbt sikit. Dr kata jgn bimbang krn setiap pesakit lain cara penyembuhan. Berdoa lah kita semua moga Allah memberi kekuatan utk Along Syuqran sembuh. Amin ya Allah....'



hari kedua: saya balik kedah sampai hari isnin, x sempat jugak melawat an sbb sabtu pagi tu saya ada kelas master, lepas kelas terus gerak ke kedah...cadangnya isnin nnt nak singgah, nasib x menyebelahi sbb isnin tu kami sampai shah alam lewat, jam 7, sy pulak ada kelas master mlm tu..an, sy minta maaf x sempat ziarah...sy keep on calling bob tanya keadaan an, kata diorg maseh x sedarkan diri sbb doc bg ubat tdo supaya dia rest....

hari kelima: (selasa)

sy tekad arini mesti pegi ziarah, so balik keje jam 4.30 abeh kelas terus solat asar, terus gerak dgn pelajar srm lain ke hosp sg buloh....ya Allah berdebar2 hati sy nak tgk keadaan an....ya Tuhan kuatkan hatiku....alhamdulillah sy masuk ke icu dgn tenang, sy selawat ditelinganya...sy bacakan doa supaya an kembali sembuh, ditabahkan hatinya mengharungi ujian dr Allah ini....
diluar icu, yg ada ayah an, kwn2 srm....ramai yg dtg..ramai org syg an....

hari keenam: (rabu)

dee call sy dlm tengahari maklumkan an da sedar, alhamdulillah syukur pd Allah...suara dee pun da bersemangat, dee dan an sgt rapat mcm adik kakak....ok dee, ptg ni kita jmp di hospital ye...kami semakin bersemangat utk ziarah an..semlm ptg di hospital, kami sama2 menangis bial cerita tentang an...dia manja orgnya, dgn sy pun dia manja, ingat lagi masa team building kat bkt cerakah aritu, selalu nak amik gmbr sama2 dgn cik kb, sket2 cik kb...'yeay cik kb syg aku..' mmg sy syg dia mcm adik sy....selalu sy buli minta tlg beli goreng pisang, minta tlg angkat beg..mcm2...:-)

maka ptg tu, kami jmp kat hospital sg buloh...alhamdulillah rezeki nak jumpa umi an tercapai, muka dia sebijik muka mak dia, tp suara mcm ayah...umi dan ayahnya sgt tabah...sy sentiasa doakan makcik dan pakcik diberi kesihatan yang baik utk menjaga an, utk melalui hari2 mendatang, dan diberi ketabahan hati menghadapi ujian dr Nya...

turn sy masuk dlm icu da sampai, ya Allah lagi sekali sy pohon kuatkan hati saya, sy masuk dgn wan (housemate sy), bila tgk keadaan an sama macam semlm, maseh tdo, lama jugak sy biarkan x kejut, tba2 mata dia terbuka, mula meronta nak angkat tgn, nak buka mulut nak bercakap, sy pegang dia perlahan2 sambil bisik, 'an, relax...x mo bergerak, tdo je, selawat byk2 ye..an tenang an...x payah ckp, sy ada disini...' ya Allah air mata dia mengalir dikiri kanan kelopak matanya, ya Tuhan tabahkan hatinya....saya x boleh lama, saya x tahan nnt sy menangis depan an, sy tgk dia kembali tdo, sy pun ajak wan keluar....alhamdulillah sekurang2nya dia da sedar dan boleh bernafas dgn sendirinya....

ini msg dr ayah an: '...Salam semua. Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi yg maha berkuasa atas segala2nya. Along Syuqran telah mula sedar. Bila waktu melawat tgh tdi, sya sapa dia, dia buka mata, gerakkan tgn dia & sya lihat airmata along Syuqran mengalir. Sya beri along kata2 semangat. Sya tahu dia sdg menahan kesakitan. Dr kata tunggu along Syuqran betul2 sedar, baru dorang tanggalkan tiub bantuan pernafasan. Luka2 di muka & tangan nya dah mula kering. Mudah2an along Syuqran tabah & kuat utk hadapi dugaan ini semua. Moga dia akan sembuh & kembali di kalangan kita yg menyayangi nya. Amin Ya Allah...'

syukurku pdMu ya Rabb....

ini berita semlm: '...Salam. Pagi tdi Dr xray & dpti de msalah kt paru2 sblh knan plk. E2 ari dh buat paru2 kiri yg kne tlg rusuk yg pth. Tdi Dr dh sdut kuar cecair kt paru2 knan. Baru la syq nmpak ble bnfas dgn elok. Nnti pe2 pa lang add lgi. Doakn utk syq, k.. Amin ya Allah.

tp start semlm sy x dpt ziarah an, sy ada kelas master, hari ni plak sy akan ke JB atas urusan kerja sampai ahad nnt, isnin plak ada kelas master..inshaAllah selasa depan sy akan ziarah an...doa sy mudah2an sy akan terus dpt berita baik dr ayah an, dee n bob...mudah2an bila sy balik dr jb, an da sedar sepenuhnya..sebab semlm doc masukkan balik ubat tdo, sbb degupan jantung an laju sgt, which is kurang baik kata doc...sy maseh menanti berita baik dr mereka....

semoga Allah tabahkan dan kuatkan hati an menerima ujian ini....


ann,

saya sentiasa doakan utk an, saya nak tgk an pulih seperti sediakala, dpt bergurau dgn kwn2 mcm biasa, an anak yg baik, adik yg baik, sahabat yg baik, pelajar yg baik....kami semua sygkan an....



No comments:

Post a Comment