Feb 12, 2016

Telekung Siti Khadijah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Salam Sayyidul Ayyam...Selamat Tahun Baru 2016...

7 Feb 2016:

Kebetulan Telekung SK buat grand opening dekat Sg Petani, time bercuti kat kampung..maka anakanda maklumkan pada bonda, mak mak, SK buka kat sp la...la ya ka..jom kita p...menjadilah dua beranak ni...memang bercita2 teringin sangat nak beli telekung cantik satu...apasalahnya, jubah rm150 boleh beli, telekung apatah lagi, dapat sehelai yang cantik pun x pa, memotivasikan diri lebih istiqamah dalam mencari redha Allah...bukan bermaksud pakai telekung biasa x istiqamah, dak aihhh sebelum2 ni pakai hat biasa ja..sampai la pun beli hat biasa ja...tapi rewardkan diri, nak solat nak pakai yang cantik2 jugak...maka anak beranak pun berpagi2 di SK, kami masuk kejap je, sebab lepas tu nak p kenduri kat kota kuala muda...

tengok punya tengok, anakanda cari hat paling murah ja..(maklumla..;-) ) mak bonda pun berkenan jugak yang anakanda suka...selepas diskaun rm99, telekung jenis travel, harmoni lace gitu...


ni gambar dari official website https://www.sitikhadijah.com/shop/harmoni-denim-lace/


anakanda pakai...memang terletak kat muka, bercita-cita nnt kalau p umrah, nak bawa telekung ni ja...senang..kain denim, sejuk ja..


dapat doorgift stokin SK (pakai dah..pakai solat)


mak bonda dan anakanda dan cucunda...menantunda tolong amik gambaq ;-)



11. December 2014 (#throwback)

sebelum ni dah pernah bawa mak p SK kat sek 15, shah alam. Masa ni lepas pantang, nak hadiahkan mak telekung SK sbb mak susah payah jaga kami dalam tempoh berpantang lepas bersalin. Mak pilih jenis klasik...memang sedap (pinjam mak punya ja), masa ni telekung saja rm185...la ni boleh dapat murah sikit, sbb dekat go.shop pun dah ada..rm130 ja kalau x salah...


masa ni anakanda hanya mampu tangkap gambar dan hadiahkan sehelai telekung klasik pada mak bonda


mak bonda yang gembira...senyum macam tu baru namanya ibukucomel... ;-)

alhamdulillah mak pakai p masjid, p sana, p sini...moga ada rezeki mak p haji dapat bawa telekung ni...(tapi mak bonda banyak telekung..teeeheee ) ;-)


till then....-ummizaidAfwan-

No comments:

Post a Comment