Jun 28, 2011

Lambaian Kinabalu...(preparation)

Bismillahhirrahmanirrahim....

rindu....teringat...teringin...seakan terpanggil-panggil...

Kinabalu...
tapak kakiku memijak puncakmu...

tapak tangan menampar signboard yang keras macam batu...

hatiku tertinggal di situ...
setahun yang lalu...

peluh, penat, angin, semuanya dihembus di sembur disitu...


Kembali...
ye hati ini teruja ingin kembali

dengan seribu satu misi

membawa kaki dan semangat yang berani

'biar lambat asal jangan banyak berhenti'
motto yang sentiasa tersemat dihati....
Kinabaluuuuuuuuuuuuu......

*jangan sapa ckp apa benda dia ckp ni...ye inilah 'what's on my mind' sekarang...

persediaan di buat 6 bulan sebelum...

- di suatu petang yang permai, boy email semua org, air asia buat sales weiii, apalagi semua berpakat nak ke negeri di bawah bayu, alang-alang kesana, kepuncak terus la...ada yg dpt rm52 pergi balik, yg terlewat RM115 pergi balik...time mmg lain2, takpe nnt kita kumpul kat airport...

- urusan membooking semuanya diuruskan oleh Miss KB atau sy sendiri (penat jugak i, siap merajuk ngan si apexi)...cara-caranya:

1) 6 bulan sebelum tarikh,
call terus ke Sutra Sunctuary
(+06 88 303900 press no.2) atau email ke gillian.m@suteraharbour.com.my


2) tanya betul2 kat receptionist tu, minta dia email balik quotation,
supaya perbincangan dpt dilakukan bersama climbers yang lain.
kami memilih untuk menaiki menerusi trek Mesilau, (dpt 2 sijil, sbb jarak lebih jauh, permandangan jauh lebih cantik sepanjang perjalanan..
serius x tipu, nnt sy upload gmbr)



Perbelanjaan sepenuhnya:

i) fees utk 2010 yg kitorg dpt:

a) accomodation di Kinabalu Park: RM 185/ pax included breakfast
b) accommodation di Laban Rata (sebelum puncak) : RM 385/ pax = 5 meals
c) entrance fees : RM 3
d) climbing permit: RM 30

e) climbing insurance: RM 7
f) transportation (timpohon gate): RM 4
g) mountain guide fee: RM 20

h) certificate : RM 11


total: RM 645/pax <--hanya utk climb, blum plus transport from airport....

ii) transportation from airport to kinabalu park, kinabalu park - kota kinabalu

2 van: 1 besar, 1 kecil
= rm 450 x 2 = rm 900
(mahal sket sbb sampai KK mlm)
= rm 350 x 2 = rm 700

total: rm 1600 = 133.33/ pax

secara keseluruhan hampir rm800 kami peruntukan hanya utk climbing.

3) setelah booking dibuat, bolehlah start training...antaranya:

i) jogging disetiap pagi / petang

ii) climb bukit / gunung yg kecil2 di semenanjung, kalo boleh cari bukit/ gunung yg banyak 'tangga'...contohnya Bukit Apeh, Gunung Nuang, memang sesuai nak jadikan gunung training...

iii) training naik turun tangga (test pernafasan, metabolism, tenaga)

*kami turut mengadakan jadual training, jogging secara beramai-ramai di hujung minggu...

4) sediakan peralatan yang bersesuaian untuk di bawa bersama:

sumber: Mr.Google (tp sgt membantu, terima kasih kepada tuan empunya
(t
dk diketahui)
- untuk makluman:

1) x perlu beg yg besar utk di bawa naik ke atas (cukup utk isi sepersalinan pakaian, pakaian solat yg bersesuaian, bg perempuan,cukup bw telekung sj, atau tudung yg lebih labuh), arah kiblat ada dlm bilik, kalo was2, bw kompas kiblat.

2) tongkat boleh dibeli dikaki gunung dengan harga RM 5 shj.

3) yang lain, rujuk gmbr - boleh print jika perlu.



No comments:

Post a Comment