alhamdulillah dengan izin Allah, kali ni saya dapat lagi menjejaki bahan ilmiah di pesta buku antarabangsa, PWTC...
sejak sambung study balik ni, segala perbelanjaan kena ikut budget, takut tersasar, so x de la berangan melampau nak membeli mcm thn lepas...berpada-pada aje la...tapi dalam pada tu, wohhhooo 4 kali saya ke pwtc...
Kali Pertama: 1 May 2012 (Selasa)
- memandangkan 1 May cuti umum, memang padat mcm sardin orang ... nama pun pesta..memang mcm pesta...kali pertama ni bersama-sama dengan family, dengan angah, abg hafiz (abg ipar), 2 orang anak angah (izz & insy) dan juga si kecil Luqman Afif (anak abg caq...nak ikut makcu katanya, so mama dan abahnya 'cuti' la sepanjang hari...:-) )
- dengar IKIM.fm pagi td, kata Prof Muhaya: 'alhamdulillah ramai keluarga bahagia yang bawa anak2 ke pesta buku, mereka yang membawa anak2 bersama, adalah keluarga yang cintakan ilmu, keluarga yang bahagia..'
- kata angah: 'biar bersesak kerana buku, kerana ilmu, jangan kerana konsert yang tdk mendatangkan faedah'
- sebabkan makcu bertindak as a baby sitter, maka makcu beli 2 buku je...'Catatan dari 40000 kaki' dan Mengenal Allah melalui sifat 20 Nya'...alhamdulillah (nampaknya makcu kena pergi lagi ni...ngeee)
- penat, berpeluh, bersesak, perut pun tersangatlah lapar....anak2 buah pun lapar, ok takpe, makcu dapatkan makanan ye..(beli la) nasi lemak, sandwich, kek, nescafe ais...ok mari anak2 makcu, mari kita berkelah (abah dan ibu masih mencari buku)...alhamdulillah kenyang...
- masa ni nampak nasi lemak, mcm nampak pizza paling sedap di dunia je...nescafe ais tu, mcm air yang turun dari gunung je rasanya...betapa lapar dan hausnya...
- selesai sessi pertama, kami pulang ke rumah masing2....(makcu ada misi tersendiri...:p )
- sampai je rumah, selesai solat, apa lagi...lena selaguuuu (zzzZZZ...letih)
selesai kiddos semua makan, makcu ibu dan abah pulak nak makan...
tengok...lautan manusia yang dahaga dan cintakan ilmu...ayuh, bersama wujudkan budaya membaca tak kira tua dan muda, tak kira tempat, kita mesti jadi masyarakat yang suka membaca, kerna itu satu kewajipan...IQRA' !!!
Kali Kedua: 2 May 2012
selesai kelas di UK*, saya langsung ke pesta buku, memandangkan tiada kelas foundation mahupun kelas tahfiz, grab peluang yang ada...
misi hari ini: mencari buku latihan Matematik Tambahan untuk pelajar sekolah tahfiz (UNISMART)
dah lama tunggu buku ni, dekat sebulan, tapi SASBADI tak reprint buku tu, sebab tu terus ke pesta buku, dengan harapan dapat terus berhubung dengan person in charge untuk order...
mula2, assistant nya kata ada, jam 3 baru buku loading, ok kita tunggu sampai jam 3,
jam 3, naik atas lagi jumpa betul2 person in charge utk order tu, baru la dapat tau hakikat sebenar, tunggu la sampai jam brapa pun, buku tu memang habis stock, SASBADI tak reprint! ok bersangka baik, mungkin bukan SASBADI sumbernya..ayuh kita ke PELANGI...
alhamdulillah dah order 30 copies di PELANGI...janjinya hari jumaat jam 11.30 nak ambil buku2 tuh...selamat, jumaat pagi x de kelas dengan mana2 (foundation or tahfiz) ...
kali kedua ni ada hasil x? pastinya ada....'Nota Cinta Buat Cikgu'
bukunya cantik, isinya menarik, dan bakal jadi pendorong motivasi diri, inshaAllah...
Kali Ketiga: 4 May 2012
ok kenapa pilih jumaat utk collect buku addmath? sbb jumaat free sikit, x sibuk dengan kelas mengajar...
lagi satu sebab hari jumaat ada pelancaran buku sulung Irma Hasmie, buku Prof Dr Muhaya dan lain2 lagi...jam 11.45
jam 10 call Mr Tan nak collect buku, dia minta maaf sebab buku tu belum sampai....huaaaaa x boleh ambil hari ni...eemmm pujuk hati, Allah Maha Tahu kenapa bukan hari ni dapat buku tu...
ok, jam 11.30 saya masuk ke booth PTS, terus cari buku SMILE (start cari dari hari mula2 ke pesta)...selesai bayar, terus ke pentas utama nak tunggu pelancaran jam 11.45 (semangat saya ok...)
cari port baik sket, agar nampak muka2 panel/penulis nanti...duduk di row ke-2...ok clear...
jam 11.45, yang dinanti pun tiba..slot ini namanya slot Tokoh Arena: Meraikan Insan, Memaknakan kehidupan.
ada 4 orang penulis semuanya:
1) Prof. Dr Muhaya - Pelajar bertanya, Prof Dr Muhaya menjawab
2) Irma Hasmie & Zamri Mohamad - S.M.I.L.E
ha ni betul2 SMILE (",)
3) Pak Parlindungan Marpaung - Hidup Ini Pilihan *penulis berasal dari Indonesia
4) Tuan Zuhairi & Amin Idris - Law of Universal Attraction
segak bergaya kan...kalau bercakap, lagi penuh gaya =)
satu majlis ilmu yang cukup indah (ade ke majlis ilmu yang tdk indah?? ) alhamdulillah banyak aura positive di perolehi...
*beberapa notes yang sempat saya salin hasil dari majlis ilmu ini:
Prof. Dr Muhaya:
1) celik matahati, reset minda, delete STRESS!!!
2) ' you must be a driving seat in your life', kita yang sepatutnya tentukan skrip kehidupan kita. Kita adalah script writer, director and main actor.
3) suka atau tidak dengan kerja kita, apa yang penting adalah COMMITTED.
4) kita harus memberi makna kepada kehidupan kita - fokus hidup pada makna setiap saat ( makna untuk akhirat), kita kejar makna cita-cita, inshaAllah akhirat tercapai, bukan kejar cita-cita...kejar makna cita-cita
5) jaga hubungan kita dengan Allah, berakhlak dengan manusia dan apa yang kita buat jangan kelam-kabut
6) niat hidup untuk menghambakan diri pada Allah, menjadi khalifah pada diri sendiri dan meng'imarahkan dunia mengikut hukum Allah
Irma Hasmie:
jangan buat sesuatu benda separuh-separuh, biar sedikit asalkan menjadi, dan bergaullah dengan orang-orang yang baik...SMILE
Tuan Zuhairi:
- listkan 10 impian, lukiskan / tampalkan gambar setiap impian
- lihat setiap hari sebelum dan selepas tidur kerana itu adalah waktu minta separa sedar/segar
- apa yang masuk dalam minda akan menjadi mesin doa yang tidak akan berhenti
- Allah akan bagi mengikut apa yang kita sangkakan, maka bersangka baiklah pada Allah.
- kamu adalah apa yang kamu fikirkan
Pak Parlindungan Merpaung
- kekuatan kita adalah DOA
GOD is POWER!
GOD is GOOD!
GOD is my decision maker!
maka, rela dan redha dengan rendah hati pada Allah...
sesuatu yang bermula pasti berakhir, maka pengerusi majlis mengumumkan ada kejutan buat penonton setia di pentas utama...
setiap penulis diberi 2 buah buku sendiri dan perlu ditandatangani dan diberi kepada 2 penonton bertuah...Prof Muhaya turun ke bawah pentas dan memilih 2 orang yang bertuah, alhamdulillah rezeki mereka, tapi masa penulis2 sedang menandatangani buku2 mereka, pengerusi berkata begini: 'maka, inilah masanya yang tepat untuk kita berdoa, agar buku itu menjadi milik kita, dan kenangan yang paling indah untuk Pesta Buku 2012 ini..'
wahhh berdebar je dalam hati, 'ya razaq, ya razaq...Allah yang Maha memberi rezeki, mudah-mudahan buku SMILE itu akan menjadi milikku..' wahhh sakan berdoa sambil membayangkan tiba-tiba Irma datang lalu memberi...wahhh impian, tapi sayangnya Irma tak tau nak bg pada sapa...maka diberinya soalan agar penonton yang cepat jawab, dapat hadiah tu...owh ya lupa buku bersama sekuntum mawar merah....:-)
soalan pertama saya missed!! ok, maju ke depan wahai kaki, maju kedepan, IMPIAN TAKKAN TERCAPAI TANPA DOA DAN USAHA! kaki ayuh kita kedepan seiring hati....dan soalan kedua pun muncul, pantas saya ke pentas, (kantoi ada satu buku SMILE ditangan)
kata Irma: eh, awak dah ada buku,
kata saya: takpe, saya nak yg special tu...
kata Irma: ok apa jawapannya?
kata saya: Zamri Mohamad
kata Irma: ok betul, tapi lagi satu buku ni awak nak bg siapa?
kata saya: saya bagi kakak saya (dah bagi pun today..kembang semangkuk la kakak saya)
double SMILE (",)
senyum pada buku dan bunga =)
alhamdulillah sebuah buku SMILE bersama sekuntum rose jadi milik saya...syukur ya Allah...klik sana klik sini....terubat la sikit tak dapat ambil lagi buku addmaths tu....
TQ IRMA, TQ PTS =)
Kali keempat: 5 May 2012
mula-mula dah deal nak ambil buku addmaths 30 copies tu hari ahad, tapi memandangkan hari ahad ada wedding invitation saudara terdekat di Brickfield, maka saya dan angah beserta adik comel (cousin from penang) lagi sekali ke pwtc jam 8 mlm lepas maghrib...
hari jumaat, pesta buku sampai jam 9. Sampai je pwtc, kami berpecah...angah dan kak adik jalan2 tgk buku, saya terus ke PELANGI...'wahhh cikgu, you sudah sampai..okay i amikkan untuk you ye...i bagi you woven bag pelangi je, ok maaa??'
saya: okayla dari takde apa2...tqvm mr Tan.
kakak2 cantik bersama adik comel...wihihihi
selesai urusan buku addmaths, terus call angah tanya ada mana, wahhh suara gembiranya 'cepat datang PTS, ada A.Samad Said..' woww sasterawan negara tu...(Pesta Buku 2010, saya dapat bergambar dengan Pak Samad..nnt kita review ye)
jumpa angah, tahu sangat dia nak ebrgambar, beli buku dulu angah, minta autograf, pastu amik la gambar...alhamdulillah tercapai...=)
angah with Pak Samad
kak adik pun ada hasilnya, 2 buah buku dari MUSTREAD...
maka berakhirlah perjalanan mencari bahan ilmiah....jumpa lagi tahun depan, inshaallah....
Let us always meet each other with smile, for the smile is the beginning of love — Mother Teresa
No comments:
Post a Comment