Jun 3, 2015

throwback: Honey Moon 2014....part II

dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang...

after a year baru nak buat throwback part II...wihihii...ok lets...kembali ke sabah bah....

bangun pagi2...alhamdulillah selak jendela nampak gunung kinabalu....subhanaAllah indahnya...mr.lovey dovey juga teruja...1st time utk dia....selesai solat subuh, siap2 terus cafe untuk breakfast...kitorg pilih duduk kat belakang sebab tempat tempat cantik, dikelilingi pokok2...ala2 oberdesi gtu...wuuuhhuuuu....sejuk...angin sepoi2 bahasa, angin gunung....
mr.lovey dovey.... *tak tinggai jaket haaaa budget overdesi..ahaks*


seriously cantik suasana...

auchhh tak ramai, so bleh conquered da whole space...


ni suasana resort kat Kinabalu Pines ni...memang banyak pokok pines

dekat tanah tinggi kan, banyak bunga2 cantik...




memoir....

selesai klik sana klik sini, lets kita g tgk lembu...Dairy Farm tak jauh dah dari sini, dalam 15 minit sebab naik bukit gunung sket nak ke farm tu...melalui kampung2 di Kundasang, sekurang-kurangnya kita dapat tgk mcm mana suasana kehidupan dikaki gunung....

masuk Dairy Farm tgk suasana hijau cantik subhanaAllah, bagi yang bw anak2 boleh dedahkan dengan pengalaman feeding the cows and goats there...tp susu kena beli la...dan kelihatan goats sangat lapar...ahaks...tapi i is penakut, sebab kambing2 tu mcm sgt lapar...


lembu new zealand






sian ko ye...lapar ye...




us at Dairy farm...susu kat sini sedap...


hp tertinggal dalam kereta...berlari g amik...bukan drama apa pun ;)


inshaAllah lenkali kita datang bw zaid afwan....

hari ni banyak tempat nak lawat sebelum check in di Karambunai...

on the way balik, singgah War Museum dekat rondabot Kundasang...byr rm3 kalau x salah...kat sini ada gmbr orang pertama yang sampai di Gunung Kinabalu..iaitu Gunting bin Lagadan...orang tempatan Kundasang/Ranau...dekat museum ni banyak kisah tentang world war yang melibatkan askar2 Australia dan sarawak...nama2 mereka disemadikan disini, bendera2 Australia juga banyak bergantungan disini....





jauh perjalanan banyak pengalaman tambah pengetahuan....

makan tengahari di pekan Kundasang sebab perut dah lapar, Siang banyak restoren Muslim yang bukak...makan chicken wing lagi..rm1.50 satu.... :-)

dah selesai makan, kami teruskan perjalanan kembali ke Kota Kinabalu tapi nak singgah bermalam di Karambunai...throwback part III kita share how cntik is Karambunai k...



Feb 18, 2015

29 Jan 2015

Bismillahirrahmanirrahim.....

Selepas 20 tahun abah kembali ke rahmatullah, abglong pulak dijemput Allah...dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali....

perginya abglong diusianya 42 tahun (nov nanti)....kami sekeluarga redha, moga tenang dan bahagia dia disana, moga abglong bertemu abah, wan dan tok....

sebulan sebelum abglong meninggal, badan dia makin x larat, masa berpantang kat umah mak kat sp lgi bglong dah lemah, tp masih bleh drive, bleh bw mak g tesco, bleh keluar dgn kaklong, bleh drive sendiri g hospital...ada skali tu 4 hari kena warded, tp sugar level tak la tinggi pun, cuma badan yg lemah sgt, 2 minggu sebelum meninggal, bglong demam, lagi makin lemah,...mak call btau nak bw bglong berubat, tp costing, so aku decide discuss dengan bgcaq n angah...nak tolong bglong...tetiba bgcaq bg idea berubat dengan kawan dia kat kl ni, ok jugak...bglong bersemangat nak mai sini, dia kata kat mak, dia semangat sebab adik2 nak tolong...jumaat mlm bglong naik bus mai rumah bgcaq, sabtunya aku n angah ke sana, berkumpul 4 beradik..masa tu tgk bglong kurusnya...hari selasa bglong call ckp teringin nak mai rumah aku pulak, alhamdulillah kali pertama dan terakhir la bglong mai...rabu g amik bglong kat umah bgcaq...

seronok abglong duk umah aku...katanya segaq sket tukaq2 tempat...tp tu la x dpt nak layan sebaiknya sebab kami pun kerja...bglong kata teringin nak makan aiskrim, aku beli...teringin lontong, beli...alhamdulillah x terkilan....wpun bglong makan sket je, tp aku happy dpt jaga jugak walaupun x lama mana...masa kat umah la nampak perubahan, kaki bengkak, bangun dr kerusi pun kena pegang, tp sempat jg mr.lovey dovey bw abglong g makan kat jj rawang...kenangan terakhir depa tu...time tu aku kena keja, x dpt ikut...ada 1 hari tu, abglong tipon mak (mak btau), dia ckp rindu kat mak, dia hadiahkan mak alfatihah...pastu balik tengahari hantar lunch, bglong pakai kain batik mak, aku tanya la rindu kat mak ka, haaa dia teringat kat mak dia kata...aku btau bgcaq n angah n mak...masing2 dah berasa rupanya...

sabtu hantaq bglong balik rumah bgcaq sebab nak jmp org yg berubat tu...ikut plan asal nak g rumah angah esoknya duduk seminggu pulak, tp bgcaq tanya nak balik rumah mak dak, dia teringin nak balik...rindu kat mak dia kata, ok esok ahad bgcaq hantaq balik...jd sabtu mlm ahad, abgcaq hantaq dia p rumah angah...alhamdulillah sempat jugak abglong belanja anak2 buah makan eskrem ahad tu, kenangan terindah depa dengan paklong depa...dia tinggalan kami dengan cerita2 indah dihatinya..walaupun sebenarya mcm2 dugaan hidup didunia dia perlu hadapi, tp dengan adik2 dia ckp dia ok...Allah rindunya...

sejak abglong meninggal, dah hampir tiga minggu, satu persatu kenangan dtg silih berganti...terutamanya kenangan menunaikan umrah bersama, masyaAllah...mlm2 tolong picit badan dia yang kurus tu, miqat di tana'im awal pagi sebelum subuh, naik van 5 riyal sorang, sama2 dengan makcik2 sekumpulan, abglong jd hero sebab kalau nak naik van or teksi kena ada lelaki, sai' bersama, tawaf, bglong berdiri belakang mak n aku, pegang bahu kami, kami masuk ke hijir ismail sama2, solat bersama, hari2, janji tunggu kat tiang mana, balik ke hotel makan sama2...Allah...ingat lagi, dia seronok sgt, dia nak belikan shawl untuk kaklong, dia minta aku pilihkan, sama2 jalan2 kat airport dubai, kami seronok tak terkata, kami beli coffee and share sesama...malam2 lepas balik dr masjid, kami tulis nama2 adik beradik nak dihadiahkan..kemas beg sama2, Allah...byk sungguh benda sama2 yg kami buat...

baru-baru ni hantar maklang menunaikan umrah di KLIA2, sayu hati...tak boleh tgk KLIA, teringat abglong, dulu2 kalau nak ke mana-mana, pada abglong la myvi tu ditinggalkan,..sebab abglong kerja kat KLIA, sekarang tiada lagi...

tapi abglong dijemput Allah dengan keadaan yang baik, tak menyusahkan sesiapa, malah abglong sempat minta maaf dengan mak, dengan semua adik2nya....ya Allah, dia abg yang baik, dia tunaikan tanggungjawab dengan sekadar semampunya ya Allah....Allah buktikan pada seluruh keluarga, kaum kerabat, sahabat handai...siapa dia Khairul Shamir Hassan yang sebenar di hari kematiannya....sakit yang tidak menyusahkan keluarga, sempat mohon ampun dan maaf pada mak dan adik beradik, 'mak, abg minta ampun minta maaf, abg takdak duit nak bagi mak, tapi abg selalu hadiahkan mak al-fatihah..' subhanallah....selama hayatnya, dia selalu solat malam, tp dia la yg paling banyak diuji dengan masalah, tidurnya tak lena, sakitnya tak pulih...tapi dia sabar, tak pernah mengeluh, dihadapnya ujian demi ujian....abglong minta maaf kat aku, terima kasih dikyah, fairuz, minta maaf la no....dikyah pun sama abglong, nanti abglong mai duk rumah dikyah lagi ya...Allah...dia hadir, hadir dalam mimpi2 aku...hadir dalam hati aku...sentiasa....rupanya sangat segak, baunya wangi satu rumah, jenazah dikebumikan malam jumaat dengan jemaah yang ramai solatkannya....beruntungnya abglong, mak kata, abg orang yang baik dikyah...Allah...redha ibu, dapatla dia redha Allah....

tiada lagi dia didunia bersama kami...namun dia tetap segar dalam hati kami...moga Allah tempatkannya bersama-sama orang2 yang beriman, moga diluaskan kuburnya....apa yang kami perlu lakukan, sentiasa mengaji al-Quran dan hadiahkan kepadanya, alfatihah untuknya, sedekah jariah untuknya, doa yang tidak putus buat abg tersayang.....al-fatihah...


di KLIA, masa ni abglong hantar mak dan kami adik2 menunaikan umrah tahun 2013


aidilfitri 2014 - aidilfitri terakhir abglong dengan kami...

 

nov 2011 - celebrate birthday abglong, masa ni sebelum abglong kawen...


masa ni celebrate bday mak, abglong suka layan anak-anak menakan


khair's.....kami dah tinggal 3


hari kenduri kawen abglong sebelah perempuan....


abglong, dikyah rinduuuuu....al-fatihah....

Dec 30, 2014

throwback: Honey Moon 2014....part I

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...


td g bilik may, tgk gmbr honeymoon dia kat cameron...wahhh rindunya nak cuti2...tp masa, keadaan, kewangan di hjg thn belum mengizinkan lagi...inshaAllah tgu anak soleh MZA besar sket...bleh la nak jalan2...best sket...

22 Feb 2014

kitorg fly malam ke KK, sampai sana, naik teksi Tunes Hotel...kenapa Tunes? nak cari budget hotel je, tp yg OK...maka pilihannya Tunes, RM 78 je semlm...dekat jugak dengan One Borneo Malls...senang nak cr makan...


me @ Tunes

23 Feb 2014

pagi2 pekena breakfast di kedai berdekatan, harga ok la...kita pun phm west malaysia a bit mahal dr east msia...tp still ok..
tunggu liza (my ex student) datang hotel ambil dan hantar kami ke town KK, nak sewa kereta kat sana, dah booked, tinggal nak ambil je...jumpa tuan kereta kat area McD dekat dengan apartment api-api, marina court...mula2 booked viva, tp viva tak available, dpt saga, tp kereta baru ok la nak ke Kundasang....

tq liza ambil dan hantar, see you next day k....

meneruskan perjalanan ke Kundasang, husband 1st time ke sini...for me...dah kali ke 4 kut...sibuk le kita ni nak ebrcerita, dulu kan itu dulu kan ini...mcm2 story nak crita dengan Mr.LD....tp tu la tujuannya, kita nak bersama-sama dengan org yang kita sayang di tempat yang kita suka....mmg mcm2 memori kita nak share....

nampak puncak gunung dari jauh, hati sgt berbungan riang...destinasi pertama nak ke Kinabalu Park, ada rezeki dpt la tgk puncak, tp dalam perjalanan kami sempat singgah di Pekan Nabalu, tgk scenery je...subhanaAllah, cantik....


we are @ Pekan Nabalu....

teruskan lagi, x sabar nak ke kaki Gunung Kinabalu...mengimbau kerinduan yang memuncak tinggi pada sang Kinabalu....tak dpt climb kali ni, dpt duduk kat kaki pun x pe..yang penting nak share dengan Mr.LD tempat yang paling kita suka....

perjalanan makin sejuk..dun worry jacket mmg bawak sebab nak fefeeling oversea bila bergambar....

  


setiap kali dtg, mcm ni la gayanya nak bergambar...

masa ni ada beberapa climbers yg baru sampai...mcm nak tepuk tangan cakap tahniah je..tp kang mcm jakun plak...tp serious nak ckp tahniah...bukannya senang nak climb....inshaAllah nest time kita dtg climb dengan anak...weeehhhoooo





subhanallah tempat-tempat kat sini memang cantik, kawasan sejuk,,,bunga-bunga pun cantik....

kami teruskan berjalan, sbb japg nak check in hotel, so cari kedai makan dulu...wow weee ada chicken wing...ni yang best ni....kat bulatan pekan Kundasang tu je restaurant nya...


bismillah....


ni la restaurant halal kat bulatan pekan kundasang....


malam kedua, check in di Kinabalu Pines Resort....cantik...cantik..nyaman, subhanaAllah...
(booking online je)



ni la dia rumah kami malam ni....rumah sebelah x sure sebenarnya ada orang atau tak....rasa tenang dan nyaman di sini...gambar?? of course banyak ;-)

.saya booking bilik + dinner, sbb kat kundasang malam2 x happening mcm kat shah alam...kitorg try keluar, gelap gulita...alhamdulillah dah makan siap2 kat resort...untuk family pun sesuai, tempatnya relax, tenang....



mendamaikan....kebetulan bilik ni berdepan dengan gunung....


ruang depan rumah...


our dinner set


sejuk bah....


sesuai untuk family, malam2 bleh bersembang-sembang di beranda...

aktiviti malam tak banyak yang boleh buat diluar, sebab malam sunyi sepi...sejuk, kat kaki gunung kan.....



coretan KB, lots of luv from sabah...to be continue....


Aug 20, 2014

soon to be ummi....

Dengan Nama Alah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang....

Alhamdulillah....inshaAllah lagi 2 bulan bakal bertemu dengan little caliph yang sedang aktif bergerak di dalam perut ummi....

persiapan buat si manja ummi mula dibeli sikit-sikit...papa soon to be juga sgt excited....'assalammualaikum anak...buat apa tu, ni papa ni...' default dialog setiap subuh...

first trimester sangat mencabar, wek sana wek sini..tak boleh masuk makanan langsung...sampai warded di KPJ, Klang...owh melayang rm1800...walaupun duit uni, tp owh sgt terasa...takpa, yang penting...kesihatan dijaga...moga Allah beri kesihatan yang baik...alhamdulillah bulan ramadhan dilalui dengan baik, tarawikh lompat-lompat juga, enam hari tinggal puasa (belum ganti lagiiii)...alhamdulillah angah bagi petua yg sangat baik...blend susu segar+kurma+badam+kismis....alhamdulillah bertahan tanpa wek wek lagi...

sekarang dah masuk 29 weeks, alhamdulillah lalu makan...seronok sungguh, lagi2 bulan syawal....emmm biskut semperit a.k.a biskut dahlia sangat menjadi kegemaran.....

doakan semoga semua urusan dipermudahkan Allah....



(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya. (surah ar-Rahman, ayat 1)

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)? (surah ar-Rahman)

*moga kita sentiasa jadi hamba yang bersyukur dengan setiap nikmat dari NYA :-)

Apr 24, 2014

Bismillah....

Live Love Laugh....
alhamdulillah, lots of love, lots of laugh...
tp sejak 3 bulan ni lots of vomiting and crying...huwaaaa...
pengorbangan katanya, pahala katanya...
sakit yang tiada serik katanya...
pengalaman indah katanya...
ya ya solat, sabar dan redha, itu kuncinya...
inshaAllah, saat2 'manis' bermuntahan dan berteriakan akan dikongsikan disini....
tapi itulah bukti kasih sayang dari Tuhan...
apa yang dihajati, diberi..
apa yang diimpikan, sedang ditunaikan...
Allah Maha Pengasih Maha Penyayang...

alhamdulillah, 2013 meninggalkan cerita2 manis...
- dipinang sang suami pada 2 Feb 2013
- menunaikan umrah bersama keluarga pada penghujung mac - awal april
- menerima ahli keluarga baru...si comel Muhammad Izzul Iman Rulhafizam
- kak ipar disahkan mengandung lagi...mashaAllah, rezeki dari Allah...
- jalan sana, jalan sini
- kocis anis mengikat tali pertunangan dan melangsungkan perkahwinan juga dalam thn 2013
- geng sisters juga berpeluang menunaikan umrah
- sisters Hasnur pregnant twin...Allah, hebat kasih sayang Allah...
- adik UKM, Sakinah juga mendapat puteri keduanya...
- banyak dan banyak lagi nikmat Allah bagi

juga beberapa ujian kehidupan yang diberikan Allah, ujian buat hamba yang kadang-kadang kealpaan, moga dengan ujian ini, hamba lebih dekat dengan Penciptanya...

till we meet again...*mmg simptom2 malas ni biasakah melanda bakal2 ibu?? huwaaa...

be strong, stay strong...tidak Allah jadikan sesuatu itu dengan sia-sia...


Oct 18, 2013

setelah setahun lebih....

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih....

alhamdulillah..alhamdulillah...alhamdulillah syukur ya Allah dengan setiap nikmat dan ujian yang diberikanNYA sepanjang setahun setengah ni...

alhamdulillah ahli keluarga bertambah dengan hadirnya putera ketiga angah dan abghafiz, bayi comel bernama Muhammad Izzul Iman, yang sama menunaikan umrah dengan maksu, ibu, tok, paklang dan saudara-mara yang lain....(walaupun masa tu masih dalam perut ibu)

alhamdulillah diberi rezeki menunaikan umrah buat kali kedua pada march 2013, bersama ibuku comel, angah, abgcaq dan keluarga sebelah abah....memori paling indah setelah menunaikan umrah kali pertama bersama abglong dan ibuku comel pada may 2011...indah subhanaAllah...pengalaman cukup indah...silaturrahim yang dipelihara kerana Allah...mungkin juga berkat doa arwah abah yang menunaikan haji pada tahun 1976...juga berkat doa arwah tok dan arwah wan yang juga menunaikan haji pada tahun yang sama dengan arwah abah...alhamdulillah anak2 abah semua dah sampai ke sana...syukur ya Allah...

alhamdulillah...kisah captain bakal berakhir pada feb 2014, doakan yang baik2....sudah menjadi tunangan seseorang, bukan captain kapal terbang mahupun kapal laut, tapi captain satria putih...tidak Allah jadikan sesuatu itu dengan sia-sia...Allah Maha Tahu segalanya...

alhamdulillah...perjalanan ke Riau Indonesia, sudah selesai...misi yang tertanam sejak 2011, dapat dilaksanakan dengan baik meskipun ada banyak ujian dan dugaan, namun hubungan serumpun berteraskan pendidikan dapat juga dilaksanakan dengan baik antara uni dan yayasan as-shofa di sana...moga Allah redha...

alhamdulillah...diri juga semakin meningkat dewasa, setiap ujian dan dugaan dilalui dengan cuba mentabahkan diri dan hati...alhamdulillah sahabat yang sangat rapat seperti adik sendiri sudah sah bergelar muslim...melafazkan dua kalimah syahadah pada 17 Ramadhan 1434H...syukur ya Allah dengan nikmat yang tidak terhingga....