Selepas 20 tahun abah kembali ke rahmatullah, abglong pulak dijemput Allah...dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali....
perginya abglong diusianya 42 tahun (nov nanti)....kami sekeluarga redha, moga tenang dan bahagia dia disana, moga abglong bertemu abah, wan dan tok....
sebulan sebelum abglong meninggal, badan dia makin x larat, masa berpantang kat umah mak kat sp lgi bglong dah lemah, tp masih bleh drive, bleh bw mak g tesco, bleh keluar dgn kaklong, bleh drive sendiri g hospital...ada skali tu 4 hari kena warded, tp sugar level tak la tinggi pun, cuma badan yg lemah sgt, 2 minggu sebelum meninggal, bglong demam, lagi makin lemah,...mak call btau nak bw bglong berubat, tp costing, so aku decide discuss dengan bgcaq n angah...nak tolong bglong...tetiba bgcaq bg idea berubat dengan kawan dia kat kl ni, ok jugak...bglong bersemangat nak mai sini, dia kata kat mak, dia semangat sebab adik2 nak tolong...jumaat mlm bglong naik bus mai rumah bgcaq, sabtunya aku n angah ke sana, berkumpul 4 beradik..masa tu tgk bglong kurusnya...hari selasa bglong call ckp teringin nak mai rumah aku pulak, alhamdulillah kali pertama dan terakhir la bglong mai...rabu g amik bglong kat umah bgcaq...
seronok abglong duk umah aku...katanya segaq sket tukaq2 tempat...tp tu la x dpt nak layan sebaiknya sebab kami pun kerja...bglong kata teringin nak makan aiskrim, aku beli...teringin lontong, beli...alhamdulillah x terkilan....wpun bglong makan sket je, tp aku happy dpt jaga jugak walaupun x lama mana...masa kat umah la nampak perubahan, kaki bengkak, bangun dr kerusi pun kena pegang, tp sempat jg mr.lovey dovey bw abglong g makan kat jj rawang...kenangan terakhir depa tu...time tu aku kena keja, x dpt ikut...ada 1 hari tu, abglong tipon mak (mak btau), dia ckp rindu kat mak, dia hadiahkan mak alfatihah...pastu balik tengahari hantar lunch, bglong pakai kain batik mak, aku tanya la rindu kat mak ka, haaa dia teringat kat mak dia kata...aku btau bgcaq n angah n mak...masing2 dah berasa rupanya...
sabtu hantaq bglong balik rumah bgcaq sebab nak jmp org yg berubat tu...ikut plan asal nak g rumah angah esoknya duduk seminggu pulak, tp bgcaq tanya nak balik rumah mak dak, dia teringin nak balik...rindu kat mak dia kata, ok esok ahad bgcaq hantaq balik...jd sabtu mlm ahad, abgcaq hantaq dia p rumah angah...alhamdulillah sempat jugak abglong belanja anak2 buah makan eskrem ahad tu, kenangan terindah depa dengan paklong depa...dia tinggalan kami dengan cerita2 indah dihatinya..walaupun sebenarya mcm2 dugaan hidup didunia dia perlu hadapi, tp dengan adik2 dia ckp dia ok...Allah rindunya...
sejak abglong meninggal, dah hampir tiga minggu, satu persatu kenangan dtg silih berganti...terutamanya kenangan menunaikan umrah bersama, masyaAllah...mlm2 tolong picit badan dia yang kurus tu, miqat di tana'im awal pagi sebelum subuh, naik van 5 riyal sorang, sama2 dengan makcik2 sekumpulan, abglong jd hero sebab kalau nak naik van or teksi kena ada lelaki, sai' bersama, tawaf, bglong berdiri belakang mak n aku, pegang bahu kami, kami masuk ke hijir ismail sama2, solat bersama, hari2, janji tunggu kat tiang mana, balik ke hotel makan sama2...Allah...ingat lagi, dia seronok sgt, dia nak belikan shawl untuk kaklong, dia minta aku pilihkan, sama2 jalan2 kat airport dubai, kami seronok tak terkata, kami beli coffee and share sesama...malam2 lepas balik dr masjid, kami tulis nama2 adik beradik nak dihadiahkan..kemas beg sama2, Allah...byk sungguh benda sama2 yg kami buat...
baru-baru ni hantar maklang menunaikan umrah di KLIA2, sayu hati...tak boleh tgk KLIA, teringat abglong, dulu2 kalau nak ke mana-mana, pada abglong la myvi tu ditinggalkan,..sebab abglong kerja kat KLIA, sekarang tiada lagi...
tapi abglong dijemput Allah dengan keadaan yang baik, tak menyusahkan sesiapa, malah abglong sempat minta maaf dengan mak, dengan semua adik2nya....ya Allah, dia abg yang baik, dia tunaikan tanggungjawab dengan sekadar semampunya ya Allah....Allah buktikan pada seluruh keluarga, kaum kerabat, sahabat handai...siapa dia Khairul Shamir Hassan yang sebenar di hari kematiannya....sakit yang tidak menyusahkan keluarga, sempat mohon ampun dan maaf pada mak dan adik beradik, 'mak, abg minta ampun minta maaf, abg takdak duit nak bagi mak, tapi abg selalu hadiahkan mak al-fatihah..' subhanallah....selama hayatnya, dia selalu solat malam, tp dia la yg paling banyak diuji dengan masalah, tidurnya tak lena, sakitnya tak pulih...tapi dia sabar, tak pernah mengeluh, dihadapnya ujian demi ujian....abglong minta maaf kat aku, terima kasih dikyah, fairuz, minta maaf la no....dikyah pun sama abglong, nanti abglong mai duk rumah dikyah lagi ya...Allah...dia hadir, hadir dalam mimpi2 aku...hadir dalam hati aku...sentiasa....rupanya sangat segak, baunya wangi satu rumah, jenazah dikebumikan malam jumaat dengan jemaah yang ramai solatkannya....beruntungnya abglong, mak kata, abg orang yang baik dikyah...Allah...redha ibu, dapatla dia redha Allah....
tiada lagi dia didunia bersama kami...namun dia tetap segar dalam hati kami...moga Allah tempatkannya bersama-sama orang2 yang beriman, moga diluaskan kuburnya....apa yang kami perlu lakukan, sentiasa mengaji al-Quran dan hadiahkan kepadanya, alfatihah untuknya, sedekah jariah untuknya, doa yang tidak putus buat abg tersayang.....al-fatihah...
di KLIA, masa ni abglong hantar mak dan kami adik2 menunaikan umrah tahun 2013
aidilfitri 2014 - aidilfitri terakhir abglong dengan kami...
nov 2011 - celebrate birthday abglong, masa ni sebelum abglong kawen...
masa ni celebrate bday mak, abglong suka layan anak-anak menakan
khair's.....kami dah tinggal 3
hari kenduri kawen abglong sebelah perempuan....
abglong, dikyah rinduuuuu....al-fatihah....